Bila orang tak masuk Umno mereka mula gelabah. Selama ini Umno ingat hanya depa saja yang kuat, depa saja yang berjuang untuk Islam, depa saja yang berjuang untuk bangsa, depa saja yang berjuang untuk negara. Sebab itu apa saja perayaan kebangsaan seperti hari merdeka depa raikan macam perayaan Umno. Macam tak ada lansung pertubuhan atau parti lain yang berjasa dalam semua pencapaian yang negara dah buat.
Itu cerita lama, masa rakyat masih belum celik dan tak berani buat pendirian. Sekarang semua orang dah buka mata. Orang dah mula berani meluahkan rasa hati mereka dan melihat parti lain selain Umno juga memainkan peranan untuk negara.
Negara kita sekarang ni sedang riuh melihat kemasukan bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan ke dalam parti pembangkang. Artis-artis juga tidak kurangnya mula celik mata dan ingin turut sama menyumbang untuk kematangan politik tanah air.
Baru-baru ini bekas orang no3 polis negara masuk Pas, penyanyi Aisyah juga masuk Pas dan bila ditanya kepada Mustapa Mohamed, dia kata mereka yang masuk Pas atas alasan untuk menyumbang pada agama hanyalah lakonan politik semata. Kalau mereka ikhlas banyak lagi organisasi lain yang bebas yang boleh mereka sertai untuk menyumbang pada agama, seperti perkim dan lain-lain.
Aku rasa Mustapa ni jenis orang yang tak fikir politik tu ada dalam agama agaknya. Kalau orang nak menyumbangkan khidmat politiknya kepada agama kenalah masuk parti politik. Parti politik yang perlembagaannya khususu untuk memperjuangkan Islam hanyalah parti Pas. Memang Umno ada dakwa depa perjuangkan agama, tapi cuba pi baca perlembagaan mereka, ada tak Islam menjadi agenda utama mereka berbangding Pas?.
Kalau nak jadikan alasan layanan kerajaan pada x serviceman adalah world class, nampak sangat hang tu buta perut. Dia tak ada kena mengena dengan masuk parti mana. Habis semua yang kerajaan bantu kena masuk Umno dan tak boleh masuk parti lain?, beri layanan sebagai menghargai pesara itu kerja Kerajaan, bukan kerja Umno, kebetulan kerjaan yang ada sekarang adalah kerajaan Umno/BN, jadi hangpalah yang kena buta. Itupun nak kena bagi tau ka?, nampak sangat kepala hangpa dah pening tak reti beza antara kerajaan dengan Parti...hahaha
Awat Mustapa mangkaq sangat dan memandang sinis dengan mereka yang mahu masuk Pas, ada takut ke?. Cuba tengok kalau depa masuk Umno, depa bukan main rai macam nak rak canagn sekeliling kampung. Woooit! buka lah sikit fikiran benak hangpa tu, orang dah mula pilih Pas untuk perjuangkan agama kenapa hangpa takut, be positif lah bro!, kalau hangpa kalahpun tak ada orang nak iniaya hangpa aaih...hang Tok pa bila lagi nak masuk Pas?
Aku baca laporan ni kat Bernama pada mulanya tapi bila nak link tengok dah tak ada kat bernama, nasib baik Malaysian Insider cepat copy laporan ni baca kat bawah:
KOTA BARU, May 23 — Kelantan Umno liaison committee chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said the recruitment of former government officers and celebrities by PAS for the purpose of preaching was a political ploy.
Aku baca laporan ni kat Bernama pada mulanya tapi bila nak link tengok dah tak ada kat bernama, nasib baik Malaysian Insider cepat copy laporan ni baca kat bawah:
KOTA BARU, May 23 — Kelantan Umno liaison committee chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said the recruitment of former government officers and celebrities by PAS for the purpose of preaching was a political ploy.
Mustapa, who is international trade and industry minister, said there were many other channels they could have used if they were genuinely interested in preaching, such as NGOs like Perkim or other bodies.
He said public servants who joined the opposition after retirement should always remember that they were never neglected by the government when they were in its service.
“Not only are they taken care of during their service, but even after retirement, as their pension allows them to lead a good life,” he told reporters after a meeting with civil servants and local leaders here last night.
No other country provided “the best” for its civil servants, he said, but added that the government respected their decision to join the opposition. — Bernama
No comments:
Post a Comment