Dalam Umno, hanya orang bodoh yang ikhlas berjuang

Tuesday, 22 May 2012

Aku ada terbaca papagomo merungut baru-baru ini tentang cybertrooper yang dilantik dibawah pengawasan Khairy Jamaluddin yang dibayar RM300,000 sebulan tetapi tak berjaya lansung menimbulkan persepsi agar rakyat menolak PR dan memuji BN.

Bagi Papagomo dan beberapa kerat blogger Umno lain yang bekerja bertungkus lumus siang dan malam secara persendirian dah sungguh-sungguh menaruh kepercayaan pada Umno, mereka lebih jauh berjaya daripada kumpulan cybertrooper dalam menarik pengunjung masuk ke blog mereka dengan begitu ramai sekali sedangkan entah apa-apa yang dibuat oleh kumpulan cybertrooper Umno yang makan gaji buta tu.


Kumpulan persendirian seperti Papagomo, Gerakan anti-PKR, RBF, Parpukari, The Unspineers, Dr Novandri,  dan Pisau juga menuduh cybertrooper Umno lebih memberikan tumpuan pada menaikkan pemimpin tertentu terutamanya Khairy Jamaluddin dan juga Najib sendiri dan bukan untuk Umno keseluruhannya. Ketua bagi kumpulan cybertrooper Umno dikatakan ialah Rocky's bru dan dia dikatakan mengaut keuntungan yang cukup lumayan.

Kumpulan bergerak sendiri seperti papagomo dan lain-lain kecewa kerana merekalah sepatutnya lebih layak menerima habuan RM300,000 sebulan daripada Umno. Apapun nampak jelas bahawa berurusan dengan Umno hanyalah atas urusan makan duit semata-mata.

Aku yakin duit perbelanjaan peruntukan kepada kumpulan cybertrooper Umno itu juga adalah duit rakyat yang macam biasa puak Umno anggap duit mereka yang boleh dubelasah sesuka hati oleh suku sakat mereka. Untuk membelasah semua duit rakyat itu orang Umno mestilah bijak menghidu peluang dan nampaknya kumpulan seperti papagomo bukanlah dari kalangan Umno yang bijak, Mereka mahu berjuang dengan rela untuk Umno dan dalam Umno sebenarnya hanya orang yang bodoh saja yang ikhlas berjuang.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License