- Anwar ibrahim menegaskan tidak akan menarik balik pendiriannya terhadap kenyataannya dalam temubual bersama WSJ dalam mempertahankan keselamatan negara Israel.
- Ini merupakan jawapan terhadap resolusi yang baru dikeluarkan oleh majlis syura Pas yang menolak pendirian berkompromi dengan negara haram Israel kerana Pas tegas konsisten dengan pegangan mereka menolak dan tidak mengiktiraf negara haram Israel.
- Berikutan itu isu ini telah menjadi hangat dan mula dijadikan modal bagi meretakkan hubungan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP.
- Hari ini bekas ketua pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin berdemo beramai-ramai menggesa Pas untuk keluar daripada Pakatan Rakyat dan menggesa semua orang Pas tidak menyokong Anwar Ibrahim.
- Alasan yang dikeluarkan oleh Hafiz Nordin adalah, isu yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim adalah isu akidah dan sebagai orang Islam dia sesekali tidak berkompromi dengan hal Akidah. Mereka mungkin boleh bertolak ansur dalam hal lain tetapi tidak dalam hal akidah.
- Apa yang saya faham, fatwa Tuan Guru Haji Hadi dalam hal menyokong negara haram Israel hukumnya adalah Haram. Cuma tidak diperincikan samada Haram itu sampai membawa kepada meruntuhkan akidah atau tidak.
- Namun yang pastinya jika seseorang muslim menghalalkan sesuatu yang dihukumkan haram oleh ulama secara sebulat suara, maka perbuatan tersebut merosakkan akidah.
- Dalam kes negara Israel belum ada lagi ulama yang menyokong dan mengiktiraf negara haram tersebut dan resolusi majoriti besar ulama di negara Arab tidak mengiktiraf Israel.
- Apa yang berlaku kini terutamanya ketegasan majlis syura menolak kenyataan Anwar Ibrahim (jika benar apa yang dimaksudkannya) melegakan banyak pihak terutamanya ahli-ahli Pas yang telah mula timbul rasa musykil terhadap arah tuju Pas. Mereka kembali membuang keraguan mereka terhadap perjuangan Pas.
- Cumanya dari segi politik ia memberikan kelebihan besar kepada pesaing PR yang mengekploitasi isu ini habis-habisan agar Pakatan Rakyat menjadi lemah sehingga menjelangnya PRU-13.
- Kalau saya yang menjawab pertanyaan wartawan WSJ mengenai negara Israel, saya akan menjawab "hentikan dulu segala aktiviti biadab dan tidak adil Israel terhadap negara Palestin, hukum dahulu segala sikap kurang ajar Israel yang tidak memperdulikan undang-undang antarabangsa dan kembalikan hak rakyat Palestin...selepas itu baru kita cakap mengenai kedudukan negara Israel"
Tinggalkan Anwar, ini masalah akidah - Hafiz Nordin
Friday, 17 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel terbaik . Perlu diingat segala masalah ini berpunca dari pemimpin Pakatan yang hendak dijadikan perdana menteri malaysia.
ReplyDeletePeng...PAS,
ReplyDeleteTabarakallah!
bagi kita ahll dan penyokong PAS seburuk2 Anuar PKR dan DAP buruk lagi UMNO/BN oleh itu kita berkawan dengan PKR dan DAP yg kurang buruk untok mmenjatuhkan parti yg lebeh buruk (UMNO/BN).
ReplyDeleteidris mat,
ReplyDeleteMenegakkan sebuah negara yang adil perlu terus menjadi agenda bersama , walau sebesar mana gelora yang melanda terhadap kerjasama ke arah itu...adil perlu ditakrif dalam neraca Islam
yeop tu khabar atas keselamatan negara pelistin awat begap sgt puak pas ni
ReplyDeleteyeop,
ReplyDeletetak faham apa yang Encik Yeop yg bijaksana cuba sampaikan.
Terima kasih