- Menghilangkan masalah ketagihan dadah antara perkara paling susah untuk diselesaikan.
- Tokong Thamkrabuk, sebuah tokong Buddha terpencil di Thailand mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah pusat pemulihan masalah ketagihan dadah terbaik di dunia dan telah menarik ribuan penagih dari Eropah dan Amerika.
- Tokong tersebut yang diuruskan oleh sami-sami Buddha yang masih belia, menyediakan perkhidmatan pemulihan secara percuma. Sejak ditubuhkan pada tahun 1959, mereka telah menerima seramai 100,000 penagih dan 30% daripada penagih menjadi sami selepas itu. Peratus yang berjaya bebas dari dadah adalah 95%.
- Bagaimana mereka lakukannya:
- Sebelum diterima pesakit akan diminta bersumpah untuk menghindari dadah serta arak.
- Pesakit hanya akan dibenarkan menerima rawatan sekali seumur hidup, jika mereka melanggar sumpah, tidak akan diterima lagi untuk mendapatkan rawatan
- Pesakit tidak dibenarkan membawa wang ketika berada di situ.
- Pesakit akan dilayan sama tanpa mengira status samada kaya, miskin, terkenal atau apa saja.
- Mereka dikenakan berpakaian merah dan tidur di asrama untuk bangun awal setiap pagi mengemas dan membersihankan timpat tidur, tandas serta mencuci kawasan tokong.
- Menekankan amalan mengenali diri dan meditasi kepada pesakit
- Dipaksa minum ubat tonik rahsia yang diperbuat daripada 108 ramuan herba. Ramuan tersebut membuatkan penagih terus memancutkan muntah dengan laju mengeluarkan segala racun yang ada di dalam badan mereka.
- Adakah pusat seumpama itu di negara kita? saya dengar ada pondok atau pusat pengajian Islam tradisional di negara kita yang melakukan perkhidmatan yang sama dan agak berjaya.
- Barangkali elok kementerian kesihatan kita atau menteri kebajikan masyarakat melawat ke sana dan mempelajari sesuatu untuk diubahsuaikan di negara kita.
Kuil Buddha , Pusat Pemulihan Dadah Terbaik Di Dunia
Thursday, 16 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ni satu lagi artikel yang bodoh hasil didikan Islam Liberal. Ko nak jadi penyambung lidah syaitan ker ???
ReplyDeletePusat pemulihan yang paling baik adalah masjid . Tak ada lain yang lebih baik . Yang kau pegi promote rumah ibadat orang lain tu apa kejadahnya . berapa komisyen ko dapat ??? ker kau akan bersuka ria kalau ada penagih dadah beragama islam pegi berubat di kuil tu ??? Kalu nak promote berita tu fikir lah dulu habis habis .
Penganut PAS,
ReplyDeleteSatu lagi pemikiran sempit dan tertutup. Adakah artikel tu suruh orang Islam pergi ke situ?
Ada kah artikel tu cerita bab akidah?
Adakah artikel tu kata pasal agama?
Pernah tuan baca ulasan Sheikh Muhammad Abduh ketika dia pergi ke Eropah dan berkata "aku lihat Islam di bumi eropah" adakah ia bermaksud akidah serta kepercayaan agama?
Kalau kita mengambil teknologi serta teknik pengurusan orang barat atau orang mana saja yang hebat dan tidak bertentangan dengan akidah Islam adakah kita mempromosikan agama Kristian?
Artikel tak ada cakap mengenai pusat pendidikan , tapi pusat pemulihan dadah, adakah Masjid yang dijadikan pusat pemulihan dadah di negara kita dan berapakah peratusan penagih yang berjaya dipulihkan.
Tak bacakah tuan dalam saranan saya untuk mengkaji methodologi yang diguna pakai dan di adaptasikan kepada Pondok di negara kita agar bersesuaian dengan Islam.
Walau apapun terima kasih atas komen tuan.
Bodohnya penganutpas, pegi belajar lagi laaaaaaaaa
ReplyDelete