Aku agak terkejut dengan keputusan Hakim yang membebaskan Anwar Ibrahim dalam kes pertuduhan meliwat versi-II baru-baru ini. Aku baca paper, Anwar Ibrahimpun turut terkejut dan tidak menyangka sama sekali yang dia akan terlepas dari pertuduhan tersebut. Sebab apa Hakim tendang kes itu adalah kerana;
- Sampel air mani diragui
- Tak boleh terima dengan hanya satu saksi yang merupakan pihak yang menuduh sahaja iaitu Saipol.
Sebelum pengumuman tersebut, malam itu aku ada dengaq kuliah dari seorang Ustad Pas yang membicarakan isu keadilan dalam Islam. Fokus khas yang dibuat Ustad Pas itu adalah dalam kes keadilan terhadap insan yang terhormat.
Dalam Islam, mereka yang menuduh zina terhadap mereka yang terhormat dan mulia (secara mata kasar) melakukan perkara yang amat berat. Kalau dia benar, perlu bawa 4 orang saksi yang menyaksikan sendiri keris masuk ke dalam sarung. Kalau tak boleh dan celupar masih mahu menuduh, alamat kena balun dengan 80 sebatan dan segala persaksiannya tidak lagi diterima selagi hidup.
Hukuman itu bukan main-main. Maksudnya jangan nak main tuduh semberono dalam hal maruah orang terhormat dan mulia (di mata kasar manusia). Kalau bawa videopun semua ulama menolak bukti nak pakai rakaman video. Kes seperti itu tetap kena bawa 4 saksi.
Apasal dalam kes Anwar Ibrahim Pas beria-ria mahu pakai hukum syarak, mungkin itu kata sesetengah manusia. Jawapannya adalah, apa nak heran, bukankah Pas selama ini memperjuangkan Islam, sudah tentu pilihan pertama Pas dalam menentukan sesuatu perkara adalah mahkamah syariah. Takkan itupun nak kena bagi tau?.
Selepas kuliah, ketika aku dok borak dengan Ustad Pas itu, datang seorang pemuda dengan pucat dan cemas mahu bertanyakan soalan pada Ustad. Aku bagi laluan dan dia bertanya tentang kenyataan Ustad yang menolak semua pembuktian pakai rakaman video. Kata pemuda itu kalau kes curi speaker masjid, kita rakam dengan CCTV wajah pencuri itu, lalu kita tangkap mamat pencuri tu macam mana pulak kesnya, boleh ka kita pakai rakaman CCTV.
Aku anguk-anguk sambil paling muka mengadap Ustad. Ha jawab!, aku kata dalam hati, habih kantoi. Cerdas akai mamat tu, rajin pikiaq juga orang Melayu ni nooo. Ustad kata dalam kes curi barang macam tu, ok, tapi dalam kes maruah, tak boleh. Eh eh apasal pulak!, tak sama ka Ustad?
Tak sama, lepas kita tangkap mamat curi speaker tu, kita pi geledah rumah dia, kita soal jawab ngan dia sampai last-last kita trace speaker tu dok ada kat belakang jamban dia, sah memang dia curi. Selesai la kes tu. Cuba hang buat macam tu dalam kes tutuh pungkok, barang apa yang hilang?
oklah logik juga aku kata dalam hati. Pemuda itu urut dada lega!
oklah logik juga aku kata dalam hati. Pemuda itu urut dada lega!
Balik pada cerita asal kita. Dalam kes Anwar baru-baru ni, Hakim ternyata bijak dan paham apa dia adil. Takkan nak pakai orang yang tuduh Anwar tutuh juboq dia sebagai saksi, mana aci. Bawak mailah saksi lain kalau tak ada 4 orang pun bawak mai sekurang-kurangnya 2 orang yang turut sama tonton aksi balun tu, kalau tak da tak ada itu fitnah namanya.
Walau apapun Anwar sebenarnya dah lama kena hukum. Habis maruah dia tercalar. Ramai yang ambil pakai tuduhan Saipol tu betoi walaupun tak dapat bukti secara syarie. Mereka telah hukum Anwar sebagai manusia kotor, jijik, tak layak jadi pemimpin, apa kata kalu Saipol tu fitnah masak-masak, tak ka aniaya DSAI.
Dalam islam dan mana-mana perundangan, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Jadi dalam kes DSAI, tak ada siapa dapat buktikan dia buat perkara terkutuk tu secara Islam. Maka dia mana ada salah. Habih cerita, full stop. Dia bersih.
Amboi kalu semua orang pakat pakai teknik tuduh, walaupun tak ada bukti kukuh untuk perjatuh orang lain dan rakyat ambil pakai teknik tu, huru hara jadi negara kita. Mampuih nak hidup dalam masyarakat macam tu. Malangnya itu terjadi dalam sebahagian dari masyarakat kita.
Orang UMNO habih 99.9% dah hukum Anwar kaki pungkoq, kaki zina. Media pencacai BN juga buat perkara yang sama dan rakyat bengap juga penuh yakin hukum Anwar salah kaki maksiat. Semua hujah BN kenapa perlu tolak Anwar adalah kerana dia kotor, jadi tak layak jadi PM sedangkan belum terbukti, memang celaka mereka yang buat perangai cam tu.
Lagi sedih bila orang Pas (dah kena terajang - memang patutpun) Hasan Ali dengan yakin dah hukum Anwar memang kotor. Alasan dia sebab dia mengaji sampai PhD dia dilatih untuk mengesan mana palsu mana asli. Pirah mabuk, PhD mana hang belajaq boleh kesan mana betoi mana tak betoi dalam kes zina perjatuh maruah orang, memang mangkaq punya reasoning, tak berbaloi jadi motivator kasi rosak rakyat punya akai saja hang tu. Dalam macam tupun mengaku perjuangkan Islam
Apa yang Hasan Ali kata dari 3, dua saja yang hampir nak betoi, satu dia perjuang Islam, dua dia perjuang hak istimewa melayu tiga dia perjuang kedaulatan raja-raja. Yang pertama tu hang pembohong Hasan Ali ooi. Yang kedua tu hang cakap saja, kalau hang tak perjuang pon dalam perlembagaan dah termaktub perkara hak istimewa melayu dan hak raja-raja. Raja -raja saja yang menjaganya, kalu depa tak sign tak dak sapa boleh ubah walau seluruh MP sign nak ubah...hang cuba nak potong kat corner ni...hahaha.
Apapun aku sedih tengok Anwar jadi orang hina kena hukum dengan masyarakat benak otak kena perdaya dengan musuh dia. Semua yang berlaku nampak sangat plot-plot untuk bawa kepada persepsi orang ramai yang Anwar manusia kotor dan depa memang dah berjaya, walaupun mahkamah kata tak bersalah.
Lepaih tu depa dok main tarik tali samada nak rayu atau tak nak rayu. Tu satu lagi usaha bagi persepsi untuk rakyat hukum Anwar. Memang macam tupun kerja akai Yahudi. Bagi orang confuse antara betoi dengan tak betoi. Macam orang tengok pompuan seksi pakai baju nipih, memang terangkat, angkat sikit-sikit, lagi terangkat, meleleh ayaq lioq..cuba kalu londeh terus hilang ketaq tu, tak berapa syok dah. Macam tula depa nak buat kat Anwar.
No comments:
Post a Comment