Ramai Yang Dah Kena Tipu Melalui Facebook, Anda Bagaimana?

Friday, 13 January 2012

Mungkin anda bayangkan
begini...tapi sebenarnya...
lihat di bawah...
Kes penipuan menggunakan Facebook amat berleluasa sekarang ini. Kalau dulu para penipu menggunakan email untuk berhubung dengan mangsa mereka kini penggunaan akaun Facebook lebih berkesan dan lebih senang untuk memerangkap mangsa. Ada beberapa orang rakan saya yang turu kena tipu melalui kenalan di akaun Facebook.

Kes Pertama.

Seorang rakan saya berkenalan dengan seorang wanita yang kononnya bekerja di satu syarikat logistik di UK. Mereka sudah agak lama berkenalan melalui akaun Facebook dan kenalannya yang kononnya seorang wanita itu berasal dari Malaysia.

Setelah agak lama salaing mengenali dan mula terbina rasa percaya. Satu hari kenalan wanitanya itu menwarkan peralatan elektronik termasuk laptop dengan harga yang agak murah untuk dibeli di UK dan dikirimkan pada kawan saya itu di Malaysia. Memandangkan tawarannya agak menarik maka bersetujulah rakan saya tersebut dan memberikan lampu hijau.

Bagitu baik kenalannya di UK itu dia telah membeli dahulu menggunakan wangnya sendiri lalu membuat penghantaran melaui pos dari UK. Setelah ditunjukkan segala bukti penghantaran melalui email, maka seronoklah kawan saya dan dengan penuh yakin membuat pembayaran sebanyak RM2,800 ke dalam akaun yang diberikan oleh wanita kenalan Facebooknya.


hakikat sebenarnya mungkin begini
rupanya...
Setelah duit di masukkan selang beberapa hari tiba-tiba kawan Facebooknya memberitahu melaui email bahawa bungkusan penghantarannya tersangkut di jabatan Kastam UK. Oleh kerana ia merupakan bahan kawalan (kononnya) maka kawan saya diminta memasukkan lagi sebanyak RM6,000 untuk melepaskan barang itu dan diteruskan penghantaran ke Malaysia.

Pada saat itulah kawan saya menelefon bertanyakan pendapat saya tentang hal tersebut lalu dia menceritakan dari mula sehingga akhir. Saya lalu memberitahunya yang dia sudah tekena umpan sindeket penipuan yang amat lazim berlaku di dunia sekarang ini. Saya nasihatkannya agar biarlah dia kehilangan RM2,800 wangnya daripada terus kena lagi banyak.

Kawan saya masih tak percaya. Saya katakan padanya orang yang dia kenal sebagai wanita berasal dari Malaysia melalui Facebook itu sebenarnya adalah seorang Mat Hitam yang berkemungkinan besar berasal daripada Nigeria, mereka memang cekap dalam kes penipuan seperti itu.

Saya katakan pada kawan saya jika dia masukkan lagi RM6,000 semata-mata hendak menyelamatkan RM2,800 yang telah diberikan dia akan terkena sekali lagi apabila kononnya barangnya telah sampai di KLIA dan telah ditahan oleh kastam sekali lagi di sini dan untuk menyelesaikannya dia perlu membayar lagi beberapa ribu sebelum mendapatkan barangnya.

Biasanya mangsa akan sedar bahawa dia tertipu di peringkat itu setelah memeberikan lagi wang dan akhirnya barang entah ke mana dan kenalannya entah ke mana. Akhirnya setelah bertanyakan ke hgulu ke hilir percayalah kawan saya dan menyesali dengan kebodohannya. Kalau aku telefon hang lebih awal kan bagus!, kata kawan saya itu akhirnya.

Kes Kedua

Seorang kawan lagi yang dah agak veteran sikit satu hari membisikkan pada saya yang dia punyai seorang kenalan wanita dalam lingkungan awal 40-an dari UK. Wanita itu amat berminat dengan profilenya dan ingin menjalinkan hubungan dengan kawan ay tersebut.

Menurut kawan saya, kenalan Facebooknya itu merupakan wanita campuran melayu dengan Mat Saleh. Ayahnya seorang Mat Saleh UK dan sudah meninggal dunia dengan meninggalkan harta yang agak banyak kepada satu-satunya anak tunggal perempuan, iaitu kenalan kawan saya itu.

Mereka sering behubungan melaui akaun Facebook kemudiannya diubah perhubungan ke email google agar lebih privacy dan lebih intim, kononnya. Memang agak lama mereka berhubungan dan kawan saya melayan kenalannya yang kononnya seorang wanita UK campuran melayu itu.

Mendengar ceritanya saya rasa tak gamak pulak untuk memberitahu kawan saya itu bahawa wanita itu besar kemungkinan adalah seorang Mamat Hitam dari Nigeria, dan jika diteruskan melayan bakal ditipu dengan berbagai helah.

Satu hari dia memberitahu saya yang kenalannya mahu mengirimkan sesuatu yang istimewa sebagai menghargai perkenalan mereka dan barang itu akan dikirimkan melaui syarikat courrier. Saya dah dapat agak kemana kes tersebut akan berlanjutan. Saya menasihatkan dia agar jangan memasukkan walau sesenpun jika dipinta walau apapun yang terjadi.

Begitulah seterusnya sebagaimana yang dijangkakan, wang perlu dimasukkan kerana barang tersebut tersangkut di pejabat Kastam dan perlu dibayar oleh penerima. Oleh kerana tidak dilayan maka semuanya berlalu begitu saja dan perhubungan terus terputus setakat itu.

Begitulah lebih kurang cerita yang sering terjadi dan sebenarnya teramat ramai yang telah tertipu dengan cara sebegitu. Biasanya penipu akan menghubungi mangsa dengan berbagai cara. Bagi mereka yang tidak memegang prinsip bahawa keuntungan yang baik bukan mudah untuk didapati tanpa usaha akan sering terkena dengan para penipu yang cekap itu.
Share on :

11 comments:

  1. Sayapun baru terkena. Katanya dia fashion designer(L)dari London. Dia mintak saiz badan utk buatkan pakaian. Dalam masa berkenalan 2 minggu, dia meminta alamat saya, no tel untuk dia menghantar barangan beg, blouse, jeans dan duit sebanyak 8000 pounds. Oleh sebab saya sudah beri alamat saya, saya tak dapat menolak pemberian barangan tersebut. Selang 3 hari, barangan saya sampai di SABAH, tapi saya terpaksa bayar RM2000 atas sebab yang saya tidak ketahui. BODOHnya saya. Lepas itu, barangan ditahan di kastam sebab duit yang banyak disertakan. Agen delivery tsbt meminta RM5500 utk melepaskan barangan tersebut. Tapi, saya hanya mampu dapatkan RM1000 sahaja. Akhirnya, saya mendapatkan kata nasihat daripada Pihak Polis. Dan, katanya, ia hanyalah sindiket tipu. >>> nasihat saya, jangan beri alamat dan telefon kepada kenalan fb yg jauh dan baru kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Kalu x bagi duit biarpun barang tu smpi ok juga ka

      Delete
  2. Saya mengenali seorang makcik mengalami hal yang sama, jalan cerita yang sama, namun dia masih tidak sedar walaupun sudah dinasihati berulang kali & mengalami kerugian RM5000. Makcik tersebut yang tinggal d Miri sanggup datang ke KL hanya untuk berjumpa dengan lelaki tersebut yang konon nya ditahan oleh pihak kastam kerana membawa USD yang banyak. Walaupun sudah dinasihati berulang kali makcik ini masih berdegil untuk masukkan wang yang diminta oleh lelak tersebut iaitu 5000 sebagai ikat jamin. Sehingga sekarang makcik tersebut masih lagi ditipu & sering diminta wang. Sebagai orang yang pernah mengalami hal yang sama, apakah saranan atau nasihat yang boleh saya lakukan untuk makcik tersebut? Kerana makcik tersebut sudah mula pinjaman wang daripada orang lain ini akan menyusahkan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heret dia buat laporan polis segera dan biarkan polis menasihatinya...bantulah dia...kesian

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hai saya nak tnya klau tranfer duit dari scotland ke akaun malaysia berapa lama

    ReplyDelete
  6. Hai saya nak tnya klau tranfer duit dari scotland ke akaun malaysia berapa lama

    ReplyDelete
  7. Hai saya nak tnya klau tranfer duit dari scotland ke akaun malaysia berapa lama

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License