Saifuddin Abdullah Digesa Letak Jawatan - Silap Haribulan Jatuh Tersungkur

Thursday, 22 December 2011

Ada rupa Ibrahim Ali, mamat ni!
Saya ada buat posting sebelum ini mengenai YB Saifuddin Abdullah ini di bawah tajuk betulkah dia ni orang Umno?. Bagi saya Saifuddin merupakan generasi baru dalam kepimpinan Umno yang dapat melihat keperluan untuk merubah cara berfikir orang melayu dan Umno terutamanya.

Tetapi kebiasannya orang seperti Saifuddin ini walaupun mempunyai pemikiran yang hebat dan berkarisma sebagai seorang pemimpin, dia adalah tidak serasi dengan pemikiran orang Umno yang masih terbelenggu dengan konsep feudal.

Orang Umno mewariskan sifat hubungan di antara pemerintah dengan yang diperintah sebagai satu ikatan suci yang tidak boleh dicabar. Ketua yang memerintah adalah ketua yang disembah selagi dia menjadi ketua walau dengan apa cara sekalipun.

Sikap mendewa-dewakan pemimpin merupakan budaya orang kita sejak dahulu kala. Lihat saja setiap kali persidangan Umno dan apabila ditanya komen para perwakilan yang menghadiri apa pendapat mereka dengan ucaptama presiden, sudah pasti terhambur air liur memuji-muji apa sahaja yang diucapkan.


Pernah pada ketika Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan dahulu, ramai yang memujinya sebagai menteri kewangan terbaik pernah dilahirkan di malaysia setiapmkali ia membentangkan bajet negara. Semakin ganas pujian itu semakin hebat pemuji akan diberikan persalinan.

Sebagaimana yang saya duga, Saifuddin kini mendapat desakan agar meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kerana dikatakan tidak sealiran dengan Najib serta tidak mengipas Najib.

Kumpulan Pro Mahasiswa hari ini berdemo dan melaungkan sayang Najib, cinta Najib, berambus Saifuddin. Mereka marah kerana suara mereka tidak diberikan perhatian oleh Saifuddin sebalik suara mereka yang kalah diberikan perhatian oleh Saifuddin.

Mungkin Saifuddin masih tidak mengerti bahawa dalam konsep feudal, mereka yang menentang hukumannya adalah dipancung manakala mereka yang mengipas diberikan anugerah 7 persalinan...berikanlah persalinan segera kepada pro mahasiswa dan pancung saja semua yang mederhaka...jika Saifuddin tak buat begitu akan ada satu lagi arus deras yang bakal menolaknya jatuh tergolek ke bawah pentah Majlis Tertinggi Umno.

Share on :

1 comment:

  1. salah seorang menteri UMNO yang aku cukup minat dan aku akan beri perhatian penuh apabila dia berucap, walaupon aku bukan penyokong UMNO, saranan aku kpd beliau, kuar UMNO/BN masuk PAS/PR lah YB, orang bijak seperti YB tidak harus membuang masa dalam UMNO/BN....

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License