Pelajar UiTM berdemo marah kenyataan Khalid, mesti ada dalang di belakang ! |
Siapa yang syor begitu? saya yang syorkan begitu sekarang. Kenapa saya syorkan begitu, bukankah akan ada sekumpulan orang Melayu yang akan marah dengan saranan begitu?
Saya berani syorkan begitu kerana tidak ada salahnya dari segi perlembagaan negara kalau kita berbuat begitu. Kalau tak percaya tanya pakar perlembagaan kita Prof Abdul Aziz Bari.
Lagipun saya yakin tak akan ada sesiapa yang ambil perduli kenyataan orang bawahan seperti saya, sekurang-kurangnya tak ada lansung impak politik menjadikan kenyataan saya diatas sebagai isu meraih sokongan orang Melayu.
Tidak sebagaimana ia menjadi isu negara apabila kenyataan yang sama disyorkan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pada bulan Ogos tahun 2008. Kenyataan Khalid Ibrahim disambut dengan demonstrasi oleh para pelajar UiTM yang berarak menuju ke Bangunan SUK Shah Alam.
Tok Mudin Misai Melenting yang menerajui UiTM pada masa itu turut sama melenting dan tunjuk muka garangnya seolah-olah Khalid Ibrahim mahu membunuh orang Melayu. Bertambahlah lagi Taukeh Perkasa Ibrahim Ali, dia amat marah dengan kenyataan itu. Ibrahim Ali bersama dengan Rais Zainudin menghantar memorandum kepada Istana Negara menggesa Agong menghalang cadangan itu.
Apa yang saya cuba nak paparkan di sini ialah betapa tidak konsistennya para pejuang Melayu kita di Malaysia dengan segala kenyataan para pemimpin. Mari kita imbas kembali siapa lagi yang pernah melontarkan idea yang sama di negara kita:
- Tun Mahathir dalam ucapan sulungnya di Dewan Rakyat pada tahun 1964 pernah mengsyorkan agar hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan di mansuhkan.
- Pada penghujung tahun 1990-an, ketika Tun Mahathir menerajui negara beliau sekali lagi mengutarakan isu yang sama. Katanya kita perlu melihat apa yang berlaku pada kaum Red Indian di Amerika. Orang Melayu tidak boleh dibiarkan menjadi sebagaimana orang Red Indian di Amerika katanya.
- Beberapa tahun sebelum meletakkan jawatannya sebagai PM, sekali lagi Tun Mahathir memberikan cadangan agar MRSM dibuka kepada pelajar bukan Melayu.
Apa yang berlaku kepada semua kenyataan Tun Mahathir tersebut? tidak ada apa-apa yang berlaku malah beritanya hanya disiarkan secara sepintas lalu seperti angin sepoi-sepoi bahasa. Tiada demonstrasi pelajar, Mat Misai tak melenting, dan Ibrahim Ali hanya lena dibuai mimpi sepertimana dia lena di persidangan Parlimen baru-baru ini.
Ketika Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan di atas, sebuah TV Swasta membuat bancian kepada para penonton dan mengejutkan apabila 93% daripada penonton menyokong cadangan tersebut. Begitu juga portal web terkenal membuat bancian yang sama, majoriti pembaca menyokongnya.
Satu kajian yang sama dibuat oleh Universiti Malaya pada tahun 2007 mendapati bahawa orang Melayu sanggup berkongsi dengan orang bukan Melayu hatta dalam soal-soal yang disebut sebagai kedudukan istimewa orang-orang Melayu cuma orang Melayu tidak akan bertolak ansur dalam hal agama, sebab itu orang Melayu menolak murtad sampai sekarang.
Sebenarnya orang bukan Melayu tidak semestinya berminat untuk masuk UiTM, sepertimana kajian yang dijalankan oleh seorang penganalisis Cina. Ini kerana terdapat banyak kolej swasta bertaburan di seluruh negara. Kolej kepunyaan orang Cina naik melangit manakala kolej kepunyaan orang Melayu banyak yang gulung tikar.
Selagi kita tidak berusaha mengintegrasikan pelajar Melayu dengan pelajar Cina selagi itu orang Melayu akan ketinggalan dari segi ekonomi dan juga pelajaran. Usaha 1Malaysia juga hanyalah usaha yang sia-sia selagi kita mengasingkan pelajar Melayu daripada pelajar bukan Melayu. Apa yang orang Melayu perlukan sebenarnya hanyalah wang pembiayaan melanjutkan pengajian, bukannya tempat belajar khas hanya untuk orang Melayu.
Tulisan ini adalah adaptasi daripada tulisan Abdul Aziz Bari di Sinar bertarikh 25Ogos2008, Halaman N15
No comments:
Post a Comment