- Orang cina gambarkan ketakutan mereka dengan desakan umat Islam yang mahukan ruang lebih luas terhadap undang-undang syariah.
- Malaysia digambarkan terbahagi kepada 2 bahagian sekarang:
- Malaysia untuk golongan majoriti iaitu Muslim
- Malaysia untuk golongan minoriti seperti Kristian, Hindu, Buddha dll.
- Bangsa Melayu tidak bebas memilih agama selain Islam kerana itu kehendak perlembagaan, manakala bangsa selain Melayu bebas mengamalkan anutan masing-masing.
- Para ahli politik sentiasa cuba yakinkan kedua-dua pihak di atas erat perhubungannya tanpa konflik sedangkan pada hakikatnya adalah sebaliknya.
- Mereka gambarkan masalah berkawan dengan orang Islam kerana mereka terdedah kepada satu lagi undang-undang iaitu syariah. Jika seorang perempuan cina kristian mengajak temannya seorang lelaki melayu (pondan) menonton TV di rumahnya, mereka sentiasa terdedah kepada serbuan penguatkuasa syariah atas tuduhan khalwat.
- Apa saja urusan syariah kerajaan akan sentiasa meyakinkan bukan Islam bahawa ianya hanya untuk muslim dan tidak melibatkan orang bukan Islam. Jika anda muslim semua urusan keluarga dan agama diuruskan olah mahkamah syariah.
- PAS kini mendesak undang-undang syariah diluaskan merangkumi kes-kes jenayah termasuklah potong tangan pada pencuri dan rejam pada penzina. Seperti biasa mereka yakinkan ianya hanya untuk orang Islam sedangkan bukan Islam tidak merasakan begitu.
- Jika anda bukan muslim berkahwin dan bercerai serta punyai anak. Anda akan dikenakan oleh isteri anda untuk merampas anaknya dengan masuk Islam. Ini kerana sebaik saja dia menjadi muslim pegawai agama akan sentiasa menyebelahinya dan datang merampas anak anda.
- Jika anda membawa kes seperti itu ke mahkamah awam, ia akan ditolak jika keputusan mahkamah syariah telah dibuat. Tambahan pula sekarang ini yang ketegangan isu agama semakin menjadi-jadi.
- Untuk satu kesalahan yang sama iaitu mencuri dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama. Yang muslim akan dipotong tangannya manakala yang bukan muslim hanya akan dipenjara.
- Inilah gambaran sebenar Malaysia yang kononnya sepertimana di war-warkan oleh pemimpinnya sebuah negara yang aman harmoni dalam kepelbagaian agama.
Begitulah gambaran yang diberikan oleh orang cina atau bukan Islam kepada pihak luar, apa yang berlaku di negara kita. Sekali imbas nampak macam tak ada jalan penyelesaian bagi para pencinta undang-undang syariah. Tetapi dua kali imbas rasanya macam tak payah layanlah apa dia orang nak kata, biarlah orang politik, para pemikir cendikiwan serta para ulama selesaikan masalah ini.
Assalam Tuan Shubhi,
ReplyDeleteBagaimana pula pandangan sesetengah orang Melayu terhadap hukum hudud?
dah ada ditulis sebelum ini...http://wartashubhi.blogspot.com/2011/09/pas-tak-pernah-lupa-tanggungjawab.html
ReplyDelete