Aku dapat maklumat daripada spy meloya ada mangkuk upahan meloya yang dibayar untuk mengacau geng-geng blogger yang ada kecenderungan ke arah Islam. Pelayar upahan meloya ni kerja masuk blog orang dan mula tuduh orang tu sesat dengan macam-macam hujah. Kalau layan dia dia akan buat macam-macam tuduhan dengan menggunakan macam-macam hujah yang meloya.
Aku perasan banyak blog-blog yang dulunya aktif dah mampus secara tiba-tiba. Dengar kata mereka merajuk kerana rasa tidak berharga dan tak tahan dengan gangguan meloya. Dalam aku dok investigate ada ramai yang dah kena gangguan yang sama. Macam-macam cara dia orang kacau sehingga ada yang rasa kecewa tidak dihargai.
Boleh dikatakan hampir semua puak blogger yang pro pakatan buat kerja blogging secara sukarela. Kebanyakkan daripada mereka ada fikrah Islami dan dia orang memang berilmu dan amat komited dengan agama Islam. Memang anak-anak muda Islam kat Malaysia kini amat condong ke arah Islam, jadi anak-anak muda ini sering tertarik untuk melayari blog-blog Islamik yang ada.
Ini amat meloyakan pemerintah sebab kalau berterusan macam ni alamat anak-anak muda pakat pi sokong pembangkang bila terpengaruh dengan blog-blog pro pembangkang ini. Jadi nak selesai kena buat keluar duit sikit kasi sama blogger atau pelayar upahan meloya kasi kacau semua blogger Islamik.
Jadi pada semua yang terkena, jangan cepat melatah dan terus rasa meloya dan merajuk. Jangan bawa diri terus diam. Teruskan blogging dan sebarkan Islam dalam dunia maya. Manusia tak boleh beri apa-apa kesan pada makhluk. Kerja cari kebenaran perlu ikhlas dan berfikiran terbuka. Tetapkan pendirian....hahaha
Jangan Meloya...hahaha, kasi itu pengacau yang meloya, hahaha....
No comments:
Post a Comment