Makam Hang Jebat |
Apakah agama yang dianuti oleh Hang Tuah? tentu semua akan jawab Islam. Hampir semua buku yang menceritakan hikayat Hang Tuah menyatakan agama anutannya adalah agama Islam. Dalam sambungan bahagian kedua hikayat Hang Tuah, dia banyak dihantar mengetuai misi diplomasi ke negara-negara luar seperti China, India, Eropah dan lain-lain. Bahagian kedua ini adalah setelah terbunuhnya Hang Jebat yang dikatakan sebegai penderhaka. Hang Tuah menyelamatkan Melaka dengan membunuh sahabat karibnya sendiri.
Kenapa dia dihantar menjadi ketua adalah kerana setiap kali Raja minta cadangan siapa yang paling layak untuk dihantar menjadi delegasi raja ke sesebuah negara maka nama Hang Tuahlah yang akan keluar. Tugasan merantau ke serata tempat telah menjadikan Hang Tuah seorang yang matang dan terbuka dan mula menjadi manusia yang berfikiran jauh.
Tugas terakhir yang terus membuat perubahan besar terhadap Hang Tuah adalah apabila dia bersetuju untuk dikuburkan bagi merasai sendiri apakah yang bakal dilalui oleh mereka yang telah meninggal dunia setelah berada di dalam kubur. Ini merupakan permintaan Raja. Pengalaman tersebut dikatakan membuatkan Hang Tuah terus meninggalkan urusan mengejar keduniaan dan berpaling kepada usaha mendekatkan dirinya pada Allah. Dia bersuluk dan menghilangkan diri menjadi rakyat biasa.
Kembali pula kita kepada cerita tajuk di atas berkenaan adanya andaian yang mengatakan bahawa Hang Jebat merupakan seorang penganut Buddha berdasarkan bentuk kubur yang ditinggalkan adalah sama dengan bentuk kubut atau rekabentuk kubur orang Buddha.
Apakah motif andaian tersebut yang nampaknya mahu membuktikan bahawa hang Jebat adalah seorang Buddha tidak jelas kerana umum mengetahui bahawa sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu memanglah agama Hindu dan juga Buddha adalah agama yang menjadi ikutan di sekitar kawasan Nusantara ini. Kalau nak lihat bagaimana rupanya nenek moyang orang Melayu sebelum kedatangan Islam ke sini, pergilah ke Bali, Indonesia.
Mungkin itulah hikmahnya apabila habis semua negara Indonesia menjadi Islam masih ada juga tertinggal sekumpulan Melayu yang kekal mengamalkan agama nenek moyang mereka di Bali, agar dapat kita lihat dan nilai sendiri samada kita suka atau tidak jika kita juga masih kekal seperti mereka.
Miker pecayer itu kubur hang jebat? Siapa boleh kompom? Bukanke sumer tinggalan dan tamadun Melayu dijahanamkan oleh penjajah potugis sebab melayu bangang jadi pengkhianat masa tu? Le ni melayu masih lagi bangang bila demer suke lak dengan zionis untuk musnahkan bangsa sendiri!
ReplyDelete