Mat Sabu - sebelum bertempik pada wartawan..ini kes lawak jenaka... hahaha |
Oleh kerana Mat Sabu fitnah polis British, penjajah yang bukan penjajah (Zainal Kling kata), maka Polis Malaysia ambil tindakan nekad tangkap Mat Sabu dan terus dakwa.
Mat Sabu buat fitnah terhadap Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta semua ahli keluarga mereka. Tiga waris daripada mereka yang terkorban buat laporan polis kerana tak puas hati Mat Sabu Fitnah menuduh keluarga mereka dulu kerja sebagai Polis British.
Oleh kerana polis Malaysia sekarang ini masih rasa British itu idola mereka dan kecam British berarti kecam Malayusia, maka Mat Sabu mesti kena masuk penjara. Mat Sabu mesti didapati bersalah dan dikenakan hukuman denda atau 2 tahun penjara.
Ketika ditanya selepas itu Mat Sabu dengan ceria dan bangga sambil tersenyum lebar dan membetulkan rambut hitamnya yang tebal dan berminyak memberi ulasan panjang lebar selama 2 minit mengatakan bahawa dia amat seronok dan bahagia diseret ke mahkamah. "Kalau dialog mana ada class bro!, forum tak main la Bro! debat mana ada tamadun, gua memang suka ni bro! terus main mahkamah, memang gua punya taman mainan la Bro!"
Hampir keseluruhan wartawan yang terkejut dan berundur ke belakang merasakan marah mereka dan kecewa kerana Mat Sabu nampak ceria dan riang gembira sedangkan mereka mahu melaporkan bahwa Mat Sabu menjadi gelabah.
Setelah pulih dari terkejut mereka para wartawan menghampiri semula Mat Sabu dan bertanya sekali lagi perasaannya dan apa pandangan Mat Sabu tentang kes itu. Alangkah terkejut mereka sekali lagi apabila Mat Sabu menempik dengan keras berkata...'aku kata ini kes LAWAK JENAKA...HAHAHA'.
Semua terkedu dan hanya terdiam melihat Mat Sabu menuju ke kereta sambil tidak berhenti ketawa...hahaha...hahaha...hahaha. Para wartawan tak tahu nak report apa...bos mereka tentu marah...lebe-lebe lagi Ketua Polis Negara dan taukenya Menteri dalam negeri.
No comments:
Post a Comment