Ahli DUN dari DAP bagi kawasan Kota Alam Shah, M Manoharan nampaknya memahami mana yang lebih penting di antara yang penting dalam politik. Politik adalah bermatlamatkan menawan hati pengundi. Sebarang kenyataan yang boleh membuatkan pengundi lari kepada pihak lawan perlu dielakkan, lebih-lebih lagi jika kenyataan itu lansung tidak mendatangkan faedah dalam merealisasikan impian parti.
Dalam kes Manoharan, dia bertindak bijak dengan memohon maaf atas keterlanjurannya yang tidak bermaksud untuk menimbulkan ketidak selesaaan kepada rakyat. Jika ada yang terluka dengan kata-katanya, maka ternyata kenyataannya tidak mendatangkan faedah dan memang pada hakikatnya hanya sedikit sahaja dari kalangan mereka yang mungkin bersetuju dengan idea tukar rupa bentuk bendera. Walau apapun ia bukanlah perkara asas yang mendesak.
Umno/BN sejak dahulu cuba mempamerkan pada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya adalah musuh negara dan perlu disingkirkan daripada menguasai politik negara. Tugas yang paling utama bagi pakatan rakyat sekarang adalah untuk memastikan rakyat faham bahawa Pakatan Rakyat adalah musuh kepada Umno/BN dan PR bukanlah musuh negara.
Berdasarkan tugasan penting di atas maka sebarang kenyataan yang boleh disalah ertikan sebagai memusuhi negara perlu diambil perhatian dengan begitu serius sekali agar tidak tercampak ke dalam lembah permainan politik kotor Umno/BN. Walaupun kenyataan itu nampak ada benarnya jika dikaji dengan saksama, namun adalah lebih baik mengelakkan diri dan membiarkan mereka yang berkecuali seperti para ahli akedemik yang membahaskannya.
Contoh yang paling dekat adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Mat Sabu. Memang ada positifnya kenyataan yang telah dikeluarkan tentang Mat Indera tetapi impak buruk kepada parti adalah jauh lebih besar daripada kebaikan. ia melibatkan satu kerja berat yang memerlukan pengumpulan data dan pembuktian ilmiah bagi mencabar segala sejarah yang telah tertulis, jadi mengapa kita sebagai orang politik mahu masuk campur. Ia seolah-olah sengaja menempah masalah...dan ternyata memang Mat Sabu sekarang sedang menghadapi masalah dek kedegilannya yang suka berlawan...kalah jadi abu, menang jadi arang.
Baca laporan Manoharan minta maaf
No comments:
Post a Comment