Jika Bersih diteruskan juga pada 9 Julai ini, Perkasa akan menyerang Jambatan Pulau Pinang dan memastikan perjalanan kenderaan di jambatan yang terkenal dengan kesibukannya itu tergendala dan huru hara.
Mereka yang merancang untuk pergi ke Pulau Pinang bercuti atau berziarah di sana dengan menaiki Kapal terbang terpaksa memikirkan semula untuk meneruskan hasrat tersebut terutamanya jika destinasi mereka adalah di tanah besar.
Apalah salahnya jambatan tersebut sehingga Perkasa mahu berperang dengannya, adakah kerana tak puas hati dengan kesibukan jambatan atau reka bentuknya yang tak menarik, hanya Perkasa sendiri yang tahu jawapannya..
Baca ceritanya di sini.
Walau apapun, Ambiga mengumumkan bahawa jika mereka diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk merapat sembah dan Agong menitahkan agar mereka membatalkan Bersih 2.0, Ambiga menegaskan mereka akan batalkan hasrat tersebut.
Dalam satu kenyataan berasingan Perkasa menggesa agar para pengikutnya yang dijangka seramai 15,000 orang tidak membawa sebarang senjata jika Bersih 2.0 diteruskan juga. Nampaknya nada Perkasa dah mula lembut berbanding nadanya pada peringkat awal. Tengok kat sini.
Bagaimana pula dengan pertubuhan silat-silat yang memberikan bayangan mereka turun demi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara walaupun ia bermakna ada kemungkinan pemergian mereka tidak akan kembali. Boleh baca ulasan Awang Selamat dalam utusan hari ahad baru-baru ini untuk kenyataan tersebut.
Nampak seperti ada pihak-pihak tertentu yang silap faham atau sengaja tak mau faham tujuan Bersih 2.0 dianjurkan, ia bermotifkan keamanan dan tidak ada unsur-unsur menjatuhkan negara atau kerajaan yang ada ini. kalau nak jatuhkanpun biarlah melalui Pilihan Raya yang bersih cekap dan amanah. Dengan adanya sistem pilihan raya sebegitu, sesiapa saja akan puas bertanding dan rela samada menang atau kalah.
No comments:
Post a Comment