Kenaikan tarif tenaga elektrik hanya akan membebankan rakyat samada golongan berpendapatan rendah atau menengah. Begitulah ulasan hampir semua persatuan pengguna di Malaysia.
Ini ternyata bertentangan dengan kenyataan para menteri yang menjamin kenaikan tersebut tidak akan memberi kesan kepada majoriti rakyat.
Ramai yang bersetuju bahawa ada alternatif lain bagi mengurangkan kos bebanan yang ditanggung rakyat dan salurkan bebanan tersebut pada syarikat-syarikat korporat seperti mana yang dibuat oleh semua negara-negara maju dan besar seperti Amerika dan Eropah.
Cogan kat 'rakyat diutamakan' hanyalah satu pembohongan besar seperti mana cogan-kata lain-lain sebelum ini.
CEO TNB menjelaskan bahawa kenaikan tidak dapat dielakkan bagi memastikan TNB tetap untung. Semua orang tahu bagaimana skim gaji para pegawai TNB yang amat mewah dan bagaimana mereka yang punyai saham TNB merupakan mereka yang kaya raya, bukan semua orang ada peluang miliki saham TNB.
No comments:
Post a Comment