Noh Omar Suruh Pembangkang Gembira Dengan Penyebaran Video Seks - Lansung Tidak Bertanggungjawab !!!

Tuesday, 31 May 2011

Pemimpin tidak bertanggung jawab
perlu dijatuhkan !!!
Noh Omar mengejek soalan samada Umno terlibat menyebarkan video seks pada masyarakat secara besar-besaran dengan berkata pemimpin pembangkang sepatutnya rasa seronok dengan sebaran tersebut kerana ia membuatkan orang ramai marah kepada Umno.

Apa tahap bebal punya menteri ni!, bukan masalah siapa untung atau siapa rugi. Sepatutnya semua orang dari segenap lapisan terutamanya para pemimpin tak kira Umno atau Pas atau BN atau PR patut mengecam kerja gila seumpama itu.

Ia hanya merosakkan masyarakat kita menjadi lucah dan bengap terutamanya golongan muda yang memang terdedah dan teruja dengan segala jenis adengan seks tak kita siapa pelakonnya. Yang menjadi tumpuan pada penonton video seks bukalah pelakonnya tetapi adengan seks tersebut yang mampu menegangkan urat darah dan menaikkan nafsu.

nampaknya Noh Omar tak layak jadi pemimpin, dia lansung tidak berpandangan jauh, tidak risau dengan kerosakan akhlak rakyat negaranya. Pemimpin macam ni lansung tidak mesra alam pada anak-anak kita, mereka tak kisah samada negara kita bakal menjadi negara seks bebas atau tidak. Moga semua pemimpin yang berfikiran cetek dan tidak berfikiran jauh ke depan seperti itu tidak akan dapat bertahan lama dalam tapuk pemerintahan negara kita.

Umatku, umatku!...kata-kata nabi yang patut kita renungkan!!!!

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License