Hilmi Yahya, tak percaya pada Utusan Meloya ! |
Ketika perbahasan untuk mengharamkan Utusan Meloya dari membuat liputan persidangan di DUN Pulau Pinang hanya ada 2 orang wakil dari Umno menghadiri persidangan tersebut.
Kedua-dua wakil Umno itu adalah Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan juga Muhammad Farid (BN-Pulau Betong). Dalam perbahasan kedua-dua mereka menolak usul dan mencadangkan agar menagguhkannya sehingga siasatan terhadap laporan akhbat itu selesai.
Namun apabila ditanya dengan ikhlas kedua-dua mereka samada mereka percaya atau tidak terhadap laporan yang disiarkan oleh akhbar tersebut, mereka berdua dengan muka serius, sambil tertunduk sedih mengaku tidak percaya terhadap laporan Utusan.
Saya mahukan keamanan....begitulah kata-kata yang diulang oleh mereka dalam dewan...dewan akhirnya menjatuhkan hukuman terhadap akhbar meloya.
Menteri Dalam Negeri perlu mempertimbangkan gesaan ramai pihak untuk menghukum Utusan dengan menarik dan membatalkan permit penerbitan akhbar batu api itu. Negara aman jika kita serius menghapuskan semua segala bahan api yang mampu menyemarakkan api perkauman, dan salah bahan api yang paling kuat membakar sekarang adalah Utusan.
Jika tiada sebarang tindakan di ambil terhadap Utusan, maka ternyata kerajaan yang ada adalah sama sahaja dengan Utusan dan tidak menghargai keharmonian negara kita. Segala seruan untuk menjaga keamanan selama ini hanyalah lakonan semata dan tidak ada usaha bersungguh untuk menanganinya.
No comments:
Post a Comment