Utusan Meloya Diharamkan Dari Membuat Liputan Persidangan DUN Pulau Pinang

Wednesday, 11 May 2011

Penyebar dakyah rakyat !
Keputusan mengharamkan akhbar propaganda terkenal, Utusan Meloya dibuat hari ini setelah majoriti dari ahli dewan bersetuju bahawa akhbar itu hanya mahu menyebarkan berita yang di putar belitkan agar api  kebencian menjulang rakyat negara ini terutamanya terhadap kaum Cina Pulau Pinang.

Memang semua faham bahawa untuk sesebuah akhbar berjaya dalam pengedarannya, mereka perlu sentiasa menyiarkan berita-berita yang bernilai tinggi dari segi komersialnya.


Untuk itu berita sensasi yang membeliakkan mata orang ramai perlu dicari, tapi menyiarkan berita yang melaga-lagakan sesama bangsa atau agama perlu dibuat dengan berhati-hati, tambahan pula kebenarannya masih belum terbukti.

Kalau Utusan betul-betul nak laporan yang sensasi bernilai tinggi, apa kata siarkan berita kehebatan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang dan juga negeri pembangkang lain, sudah tentu ramai yang terkejut bewak dan sekali gus menggandakan jualan mereka. kalau tak percaya cubalah !!!

Laporan asal kat sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License