Meja undi terbalik apabila Tuan Ibrahim umum bertanding! |
Banyak berita melaporkan bahawa Mat Sabu mendapat jumlah pencalonan sebanyak 70. Jumlah ini sekali pandang menunjukkan dia meruipakan calon pilihan yang bakal menggugat kedudukan Nasha menjawat kerusi orang nombor dua Pas. Kenapa agaknya Mat Sabu belasah begitu banyak pencalonan berbanding orang lain. Ini antara andaiannya:
- Mat Sabu awal-awal lagi dan umum yang dia nak bertanding merebut kerusi no 2 parti.
- Penyandang timbalan presiden sekarang walaupun dah lama menjawat kedudukan tersebut dilihat tidak memainkan peranan yang besar dalam mengukuhkan parti.
- Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal umum yang dia tidak berminat nak bertanding jawatan no 2 tersebut.
- Husam Musa juga umum selepas Bukit Bintang mencalonkannya tak berminat lawan kerusi no 2 parti.
- Ramai dari kalangan akar umbi parti merasakan bahawa struktur kuasa eksekutif parti perlu berubah dengan memberikan peluang pada mereka yang bukan berstatus "ustaz".
- Orang-orang besar lain yang bukan berstatus ustaz ramai yang memberikan laluan kepada Mat Sabu (Selepas Tuan Ibrahim Tuan Man declare awal dia tak mau bertanding).
- Oleh kerana sejak awal hanya kelihatan 2 orang sahaja yang akan bertanding iaitu Nasha dan Mat Sabu, maka mereka yang tidak lagi merasakan nasha mampu membuat pembaharuan memberikan pencalonan mereka kepada Mat Sabu.
- Banyak yang terpaksa memilih Mat Sabu walaupun pada haikatnya mereka lebih gemar mencalonkan Tuan Ibrahim.
- Bagi mereka yang berfahaman bahawa orang nombor 2 mesti Ustaz, dengan rasa serba salah terpaksa memberikan juga pencalonan pada Nasha. Sebab itu Nasha dapat pencalonan yang tak kurang juga tingginya.
- Bagi mereka yang lebih mementingkan 'performance', tanpa mengira ustaz atau non-ustaz dengan tidak berbelah bagi mencalonkan Mat Sabu.
Tiba-tiba Tuan Ibrahim Tuan Man buat 'U-Turn', apabila dia mengumumkan mahu bertanding kerusi nombor 2 tersebut. (Ada spekulasi mengatakan rombongan pendokong fahaman pemimpin wajib seorang Ustaz/ulama menghantar satu kabilah memujuk Tuan Ibrahim Tuan Man masuk bertanding apabila melihat Nasha macam tak kuat kedudukannya)
Dari semua andaian di atas bermakna akan ada sebilangan undi akan beralih dari Nasha kepada Tuan Ibrahim, dan juga akan ada sebilangan undi akan beralih dar Mat Sabu kepada Tuan Ibrahim.
Melalui sifir mudah dan ringkas di atas, berkemungkinan Tuan Ibrahim kan menang besar menewaskan Mat Sabu dan Nasha mungkin akan mendapat undi yang terendah daripada semua.
No comments:
Post a Comment