Kalau Label Ulama/Profesional Ciptaan Umno-BN, Maka Ramailah Agen Umno-BN Dalam Pas !

Thursday, 26 May 2011

Kata Tuan Guru Nik Aziz, tidak wujud persaingan antara dua kumpulan dalam Pas iaitu ulama dan profesional. Ia hanyalah istilah yang dihidupkan oleh Umno-BN bagi memecah belahkan ahli Pas.

Jika benar kata-kata Tok Guru tersebut maka nampaknya banyaklah ahli Pas cawangan dan juga kawasan di seluruh negara yang menjadi agen Umno-BN dalam memecah belahkan ahli-ahli Pas.

Dalam urusan pemilihan YDP kawasan Puchong umpamanya baru-baru ini, ahli-ahli Pas sendiri berkempen agar ahli Pas memilih ulama sebagai ketua bagi meneruskan kegemilangan tradisi 'kepimpinan ulama' dalam Pas.

Memilih orang lain yang latarbelakangnya bukan beraliran agama bermakna meminggirkan konsep kepimpinan ulama. Begitu jugalah yang terjadi dalam proses pemilihan ketua pemuda mereka, slogan yang sama juga dilaungkan. Mereka siap mengejek dan merendahkan kumpulan yang satu lagi.

Ramai yang tidak sedar dalam pertandingan peringkat kawasan dan lebih-lebih lagi peringkat cawangan, orang yang mereka labelkan sebagai ulama tersebut hanyalah sekadar ustaz yang mengajar di sekolah rendah agama.

Mereka benar-benar keliru antara jenama ustaz dengan jenama ulama. Atau mungkin mereka tahu namun sebagaimana kata Tok Guru ianya adalah mainan Umno-BN, mereka sebenarnya agen Umno-BN yang merayap masuk ke dalam Pas. Mereka sedang memainkan isu tersebut bagi memecahkan belahkan Parti.

Harap semua ahli Pas berhati-hati dengan agen-agen Umno-BN yang giat berkempen memisahkan golongan Ulama dan profesional dalam setiap kalai datangnya musim pemilihan.

Share on :

2 comments:

  1. Apa yang penting dalam memilih pemimpin bukan atas kapasiti dia seorang ulama atau profesional. Tetapi seorang individu yang mampu secara ikhlas memimpin sekumpulan pengikut mereliasasikan harapan organisasinya untuk mendaulatkan Islam kerana Allah. Lebih penting dia gentar dengan Allah dari semua yang kehidupan di dunia ini.

    Tidak guna seorang ulama yang alim lagi zuhud namun tunggang-langgang pentadbiran organisasinya hingga menjejaskan matlamat yang diperjuangkan. Dan tidak guna seorang profesional yang cekap dalam pengetahuan dan pengalaman dalam pentadbiran namun buruk akhlak dan tingkahlakunya.

    ReplyDelete
  2. dulu lagi aku pernah catat, bacalah :
    "suatu kurafat yang amat karut telah ditimbulkan oleh ahli PAS sediri adalah kelompok ulamak dan penguasaan dalam parti. Dimana terdapat dakwaan bahawa Presiden PAS mestilah dipilih dari kelompok ulamak, sementara Tim. Presiden PAS seboleh-boleh adalah ulamak untuk mengambil tanggungjawap presiden jika berlaku apa pada ulamak, atau bukan ulamak untuk mengimbangi peranan kelompok ulamak dalam pimpinan PAS.
    Walaupun khurafat ini tiada dalam perlembagaan PAS, atau menjadi suatu peraturan dasar dalam PAS. Namun khurafat ini terus dipasang supaya kebodohan ahli PAS dan kepimpinannya akan terperangkap.
    Kaedah sebenar pemilihan kepimpinan PAS adalah kebolehan memimpin dan mempertahankan perlembagaan parti. Seorang ulamak tidak semesti mempunyai ciri utama ini, begitu juga kelompok bukan ulamak tidak semestinya tidak memenuhi ciri utama ini.
    Pernah satu masa, Harun Taib yang menawarkan diri untuk jawatan Tim. Presiden PAS, beliau adalah ketua Dewan ualamk PAS, namun perwakilan memilih Nasaruddin mat Isa, walaupun pada masa tersebut isu kelompok ulamak dan tidak ulamak berkumandang.
    Sejarah telah membuktikan bahawa Datuk Asri merupakan presiden PAS yang bukan berlatar belakangkan Ulamak, namun para ulamak dalam parti dapat menerimanya sebagai presiden parti.
    Ini membuktikan bahawa ulamak bukan pra syarat untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti. Pra syarat utama adalah ketokohan dan kebolehan. Jika seseorang ulamak memenuhi syarat-syarat pimpinan PAS, maka ia merupakan suatu kebetulan.
    Sebagai seorang yang mempunyai keyakinan dan kekuatan sendiri, mustahil mereka akan menggunakan ulamak dan bukan ulamak sebagai isu dalam pemilihan pemimpin dalam PAS".

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License