Bertolak dari KL ke Galas hari ini pukul 2 petang untuk melihat suasana PRK di Galas bersama dengan 3 lagi rakan dari Pulau Pinang. Sampai di Galas pukul 7 lebih dalam suasana gerimis.
Pekan Galas masih agak tenang dalam waktu awal malam dan bertukar menjadi sibuk sehingga tengah malam dalam hujan lebat. Jalan raya penuh dengan kenderaan melilau pergi dan balik mungkin kerana aktiviti ceramah terganggu akibat hujan lebat.
Kami singgah di sebuah kedai makan di Pekan lama Gua Musang di mana di sebelahnya terdapat sebuah restoran cina yang menganjurkan ceramah PR yang dihadiri oleh Tian Chua dan juga YB Anuar Tan Abdullah.
Kesemua meja makan restoran 2 tingkat tersebut penuh sesak dengan hadirin yang terdiri daripada kaum cina yang datang untuk mendengar ceramah walaupun hujan lebat.
Habis ceramah kami berlegar sekitar pekan untuk melihat perkembangan tempat lain. Apa yang dapat diperhatikan ialah kem-kem Umno nampak seperti menguasai kawasan perkampungan dalam manakala kem-kem Pas menguasai kawasan pekan.
Umno mengamalkan kempen secara senyap mendekali para penduduk dan kurang aktiviti ceramah seperti yang dilakukan oleh Pas.
Dari segi poster nampak macam Umno lebih menguasai bilangan mengatasi Pas. Umno banyak memaparkan poster berupa kempen ayat-ayat berbentuk menjatuhkan kepimpinan Pas yang dilihat tidak membawa pembangunan kepada penduduk Kelantan dan Gua Musang khususnya. Banyak poster-poster berbentuk sebegitu terpangpang di sekitar jalan-jalan strategik.
Komen kawan saya mungkin benar bahawa dengan kurangnya pembangunan tersebutlah Pas masih menguasai Kelantan sehingga sekarang kerana dengan pembangunan material yang keterlaluan ia hanya melekakan manusia dan menjadi tamak kepada dunia yang tidak kekal.
Dengan pembangunan yang sederhana maka manusia akan lebih tenang kehidupannya dan tidak tamakkan keduniaan sehingga menjadi umat yang mengejar material dan hanyut seperti apa yang terjadi pada orang-orang Umno.
Mungkin hidup sederhana lebih baik dan tidak menghanyutkan kita dan seterusnya menyelamatkan diri kita daripada menjadi hamba kepada kekayaan.
Gambar sekitar lawatan akan saya paparkan kemudian selepas balik ke KL nanti.
No comments:
Post a Comment