"Tak perlu undi orang Cina dan India", Johari Abdul Ghani, Ketua Umno Titiwangsa. |
Kalau mahu menjadi orang politik, elok berhati-hati dengan segala kenyataan kita samada dalam gelap atau dalam cerah. Barulah kita dikatakan ahli politik yang cerdik.
Mungkin begitulah yang ingin dikatakan oleh Ketua MCA, Chua Soi Lek apabila memberikan komen terhadap kenyataan Ketua Umno Titiwangsa Johari Abdul Ghani bahawa Umno tidak memerlukan sokongan orang India dan juga orang Cina untuk menang parlimen Titiwangsa kerana terdapat 70% orang Melayu di sana sebagai pengundi.
Orang tak cerdik macam tu tak patut diletakkan sebagai calon, tambah Chua Soi Lek lagi. Mungkin sebab itu Datuk Johari ni tak jadi calon Umno dalam pilihan raya.
Johari merupakan bekas Pengarah urusan syarikat rangkaian makanan segera terkenal di Malaysia dan kini menerajui CI Holding Berhad yang memegang Francais Pepsi di negara kita.
Dari seorang yang membesar di kawasan setinggan naik menjadi kaya hasil dari kesungguhan menggunakan otaknya yang diberikan Allah. Itulah kata-katanya yang saya masih ingat suatu ketika dulu semasa saya berjumpa dengannya. Dia merupakan orang kuat Datuk Ishak salah seorang ahli korporat melayu yang berjaya yang juga merupakan orang kuat Anwar Ibrahim suatu ketika dulu.
Mungkin dia bijak mengambil peluang untuk membina kekayaan tapi nampaknya tak cukup bijak untuk jadi orang politik, dan Pas memerlukan lebih ramai lagi orang Umno macam Johari ni untuk mereka mengambil alih tempat Umno dalam pemerintahan negara.
Baca di sini untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment