Kesediaan PAS untuk meletakkan calon bukan muslim pada pilihan raya yang akan datang memberikan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia yang dahagakan kepimpinan yang berlandaskan keadilan dan kejujuran.
Tindakan PAS juga mendapat liputan dari media luar negara yang nampaknya amat tertarik dengan perkembangan atau perubahan yang berlaku terhadap parti PAS yang dulunya mereka labelkan sebagai parti ketinggalan zaman dan extremis. Baca laporan dari The Wall Street journal dengan klik di sini.
Mampukah PAS menangkis segala cabaran yang bakal dihadapi akibat dari perubahan drastik yang sedang mereka lakukan kini. Tentangan akan datang dari dalam parti sendiri oleh golongan yang tidak dapat menerima bahawa mereka terpaksa memberikan undi kepada orang bukan muslim sedangkan selama ini mereka di ajar bahawa hanya muslim yang layak menjadi pemimpin.
Akan datang juga cabaran dari rakan mereka seperti DAP dan PKR yang pasti rasa tergugat dengan perkembangan PAS seolah-olah PAS cuba menjadi ketua dalam kerjasama mereka dan seterusnya pimpinan PAS akan menjadi ketua kepada Pakatan Rakyat mengganti Anuar Ibrahim yang sentiasa dilanda berbagai masalah.
Cabaran yang palin hebat sekali sudah tentu datang dari UMNO yang merupakan musuh tradisi kepada PAS. Apa lagi jika UMNO merasa tergugat dengan kesungguhan PAS mahu menggantikan peranan UMNO sebagai parti teras bangsa Melayu dan dalam masa yang sama mampu menjamin kesejahteraan bangsa-bangsa lain berlandaskan keadilan islam.
Ada yang berkata 'operasi lalang' akan berlaku sekali lagi untuk memberkas dan menyapu bersih pemimpin pembangkang bagi menyediakan laluan mudah pemerintah sekarang memenangi pilihan raya ke 13. Entah benar atau tidak hanya Tuhan saja yang mengetahuinya.
Sebagai orang biasa saya tak terfikir untuk membuat segala taktik kotor bagi memenangi sesuatu pertandingan, tapi apabila melihat sikap manusia sepanjang zaman yang sanggup melakukan apa saja hatta membunuh semata-mata untuk mendapatkan harta benda, saya terfikir sudah tentu manusia juga akan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan takhta kekuasaan. Status takhta kekuasaan adalah lebih baik daripada kekayaan, kerana dengan kuasa harta akan datang bergolek. Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment