Melayu Ke Mana : Tun Mahathir Anggap Cina Sebagai Musuh Negara?

Saturday, 19 June 2010

Tulisan mantan perdana menteri kita Tun Mahathir yang bertajuk "Melayu Ke Mana" membuatkan saya terfikir satu persoalan penting terhadap kaum-kaum lain di Malaysia ini. Baca artikel1 ini dan artikel2 sini yang ditulis Tun Mahathir.

Adakah kita menganggap kaum Cina, India dan lain-lain sebagai musuh yang mesti kita tawan, kawal dan menang .

Adakah kita menganggap kaum selain Melayu di negara kita ini sama seperti bangsa Portugis yang pernah menyerang, menewaskan dan menjajah Melaka satu masa dahulu.

Yang paling penting sekali adakah bangsa Cina terutamanya yang telah dilahirkan dan menetap sejak 2 hingga 3 keturunan di negara ini, beranggapan bahawa Malaysia bukan negara mereka dan mereka mahu menawan Malaysia termasuklah segala apa yang ada di dalamnya seperti sumber alam, orang Melayu dan lain-lain untuk dijadikan hamba mereka.

Jika benar begitu, ia membuatkan saya merasa perlu para pemimpin kita berterus-terang mengumumkan secara telus dan mengumpul tenaga dan kekuatan untuk melawan musuh kita yang mahu menawan dan menjajah bumi tercinta kita ini. Saya tak mahu ketinggalan menjadi benteng mempertahankan satu-satunya bumi pusaka kita. Biar mati merdeka dari hidup menjadi hamba di bumi sendiri.


Tetapi sebaliknya dari dahulu hingga sekarang alunan rentak yang dimainkan oleh pemimpin tertinggi kita menyatakan bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia, kita 1Malaysia, negara ini sama-sama kita bina biar kita lain keturunan, kita semua rakyat Malaysia. Rentak tari mana yang mahu kita lagukan sebenarnya.

Mungkin ideologi UMNO berbeza dengan Pas dan PKR dalam mentakrifkan siapa Cina dan lain-lain bangsa. UMNO menganggap kaum lain sebagai musuh yang perlu ditawan manakala Pas dan PKR pula menganggap selain Melayu sebagai rakan seperjuangan bagi menghadapi saingan lawan sebenar kita di luar. Ini membuatkan pendekatan mereka menjadi berbeza seumpama bumi dan langit.

Mana salah dan mana yang betul, bukan persoalannya, tepuk dada tanyalah selera.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License