Di mana saja press conference bagi mengumumkan ahli PKR keluar parti Datuk Salehuddin Hasyim ini akan menjadi jurucakap. Dia bertindak seperti seorang profesional atau perunding ahli PKR yang mahu keluar dari Parti.Dalam bahasa Inggerisnya kita panggil Negotiator, macam cerita-cerita mat saleh dalam filem.
Kalau dalam filem, negotiator ini biasanya dibayar dengan lumayan bagi menjadi pelobi atau perunding bagi pihak yang mendapat faedah jika rundingan tercapai sebagaimana yang dikehendaki. Pihak yang membayar pula sudah tentu mendapat faedah dari kejayaan rundingan tersebut.
Dalam hal keluar parti PKR ini sudah tentu pihak yang mendapat faedah adalah BN atau UMNO iaitu pesaing kepada PR.
Selalunya negotiator ini mendapat kedudukan yang amat istemewa dan mempunyai akses terus kepada pemimpin tertinggi pihak yang membiayainya dalam hal ini sudah tentu Datuk Seri Najib.
Mungkin Anwar terlepas pandang dengan keupayaan Salehuddin ini, atau bayaran yang ditawarkan untuk menjadi negotiator PKR tak mencukupi. Nampaknya strategi Anwar Ibrahim dah makan tuan!
Negara kita nampaknya berjaya mengadakan satu lagi peluang kerjaya sebagai negotiator. Lepas ni akan ada anak-anak muda yang menulis dalam buku rekod sekolahnya "Negotiator" sebagai cita-cita kerjaya, mewah ganjarannya!
No comments:
Post a Comment