Kenapa lahirnya perbezaan atau jurang yang amat ketara antara 2 golongan penyokong UMNO?.
Golongan elit pemimpin atau penyokong kuat UMNO biasanya tidak ramai dan mereka kebiasaannya sentiasa berkumpul sesama mereka sahaja dalam hal-hal menbuat kekayaan.
Golongan elit ini akan mempergunakan golongan yang kedua dengan mengambil kesempatan di atas kedaifan mereka. Golongan daif ini akan bertungkus lumus menjalankan kerja kemasyarakatan, kerja-kerja meraih undi, kerja promosi parti dan sebagainya dengan upah yang amat sedikit.
Golongan elit pemimpin atau penyokong kuat UMNO biasanya tidak ramai dan mereka kebiasaannya sentiasa berkumpul sesama mereka sahaja dalam hal-hal menbuat kekayaan.
Golongan elit ini akan mempergunakan golongan yang kedua dengan mengambil kesempatan di atas kedaifan mereka. Golongan daif ini akan bertungkus lumus menjalankan kerja kemasyarakatan, kerja-kerja meraih undi, kerja promosi parti dan sebagainya dengan upah yang amat sedikit.
Bagi mereka upah yang sedikit itu amat bermakna untuk menambah pendapatan mereka yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Golongan elit pula amat bijak merancang projek-projek kemasyarakatan yang amat menguntungkan mereka dan kroni-kroni mereka. Mereka juga amat bijak mengumpulkan golongan yang kedua dalam menyambut aktiviti mesra rakyat bersama pemimpin yang dapat mempamerkan sokongan rakyat kepada pemimpin.
Hasil dari aktiviti tersebut pimpinan tertinggi akan menanam kepercayaan kepada pimpinan tempatan atas dasar dia dapat mengumpul kekuatan sokongan yang kuat pada akar umbi.
Maka banyaklah peluang-peluang projek akan disalurkan pada pimpinan tempatan tersebut yang akan dibahagikan pula kepada segelintir penyokong tempatan.
Yang menjadi masalah ialah pembahagian laba atau ganjaran yang amat tidak saksama. Kebanyakan mereka mengamalkan dasar ekonomi kapitalis tulin di mana yang menang akan mengaut semua.
Hanya sedikit tirisan keuntungan yang akan mengalir ke peringkat bawahan yang akan dinikmati oleh golongan bawahan tersebut.
Hasil dari aktiviti tersebut maka lahirlah jurang yang semakin lama semakin dalam yang memisahkan dua golongan tersebut.
Hasil dari pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan pula memajukan rakyat dan meningkatkan taraf kehidupan dan pelajaran mereka. Maka lahirlah ramai golongan pertengahan yang berilmu dan mampu berdikari dengan samada menjadi pekerja mahir atau usahawan yang berdikari yang kurang mengharapkan projek cepat kaya ciptaan golongan elit UMNO.
Kelemahan percaturan politik pimpinan UMNO tempatan yang dilihat oleh golongan pertengahan ini mengecewakan mereka dan sekali gus mereka memberontak menolak sikap tamak yang berlesuasa tersebut.
Golongan pertengahan inilah yang rata-rata beralih arah menyokong parti parti alternatif seperti PKR, PAS dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat.
Sikap menyokong parti alternatif ini pula di semarakkan lagi oleh sikap pimpinan tempatan yang sentiasa berusaha menghindarkan mereka yang dilihat berpotensi menjadi pemimpin tempatan yang bagus kerana takut kedudukan mereka tergugat.
Sebenarnya yang paling ditakuti ialah hilangnya peluang mereka membina kekayaan atas kedudukan mereka. Jika dari awal mereka bersikap saksama dan sanggup menyalurkan peluang yang agak sama rata, sudah tentu ketakutan ini tidak akan berlaku.
Sikap seperti yang disebutkan di atas berlarutan sejak sekian lamanya dan telah menjadi darah daging perjuangan pimpinan UNMO tempatan. Setiap kali mereka berkumpul perbincangan mereka tidak akan lari dari aktiviti mencipta peluang membuat kekayaan.
Sebutlah apa saja aktiviti samada keilmuan, pembangunan, kemasyarakatan atau apa saja, semuanya tidak akan lari dari persoalan banyak mana habuan yang akan mereka perolehi.
Dari sikap tersebut juga lahirnya para broker projek yang mampu menjana kekayaan hanya dengan kerja-kerja melobi. Mereka ini tiada apa-apa kemahiran selain daripada kelebihan mengenali para pimpinan tempatan atau pimpinan tinggi.
Jika kita berkesempatan bercampur dengan golongan ini kita akan dapati mereka ini amat peka dengan segala aktiviti pembangunan dan peluang mendapat projek baru yang dikeluarkan melalui tender-tender atau "direct Nego".
Tidak hairanlah jika kita lihat setiap kali pilihan raya samada kecil atau besar, melimpah-limpah projek pembangunan mengalir masuk ke kawasan pilihan raya tersebut diadakan. Ini membuktikan lagi bahawa UMNO secara sedar atau tidak sedar mengakui sikap materialistik para penyokongnya dan secara tidak lansung mengajak rakyat menyokong teknik pembinaan sokongan kepada parti dengan cara tersebut.
Betul..betul. "UMNO the Draconian".
ReplyDeleteTak lama dah tu.
Ya Zaidi, harap mereka berubah...!
ReplyDelete