BN Mampu Gugat PAS Permatang Pasir...?

Monday, 3 August 2009



Begitulah komen Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap pilihan raya kecil yang bakal diadakan di DUN Permatang Pasir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula memberikan ciri-ciri orang yang bakal dipilih sebagai wakil UMNO. Dia mestilah seorang yang amat popular dan disenangi rakyat di kawasan tersebut.
Secara teorinya memang jika UMNO dapat mencari calon yang sebagaimana dikatakan oleh Datuk Seri Zahid bagi menentang PAS di kawasan itu mampu memberikan saingan.
Namun mampukah UMNO mendapatkan calon sebegitu?.
Rakyat sudah lama kenal dengan perangai para pemimpin UMNO, para pengikut serta pelobi pemimpin itu, atau mereka punyai hubungan rapat dengan pimpinan UMNO samada di peringkat tertinggi, kawasan atau bahagian adalah mereka yang mempunyai tembok kukuh yang memisahkan mereka dari golongan rakyat biasa.
Hanya ada dua golongan UMNO di kawasan Permatang Pasir.
Pertama ialah mereka yang merupakan golongan elit dan melimpah ruah serta murah rezkinya . Mereka ini dilihat sebagai ahli perniagaan atau pelobi atau aktivis parti yang banyak mendapat peluang membina kekayaan.
Golongan pertama ini berkedudukan dalam kasta yang tinggi dan menjadi impian ahli perniagaan biasa atau mereka yang ingin cepat kaya untuk merapatinya.
Mereka ingin mendapat tempias kemudahan kemewahan segera. Namun biasanya agak sukar dihampiri kerana kesibukan para elit itu dalam menguruskan kesenangan diri.


Golongan yang kedua pula adalah mereka yang amat susah kehidupannya dari segi kebendaan dan cetek ilmu serta kurang amalan serta pegangan agama.
Mereka ini tiada pilihan selain menjadi orang suruhan ketua-ketua atau pemimpin tempatan UMNO untuk menjalankan kerja-kerja kepartian dengan dijanjikan sedikit ganjaran wang atau pakej rombongan makan angin percuma.
Golongan kedua ini sebenarnya tiada pilihan atau tak berkesempatan untuk memikirkan agenda rakyat atau Negara akibat kesempitan hidup dan tidak boleh disalah kan mereka juga jika tidak menyokong parti lain seumpama PAS.
Apa yang PAS mampu berikan sebagai ganjaran ?. Kebanyakan aktiviti PAS adalah sukarela, ikhlas dan kadang-kadang kena mengeluarkan duit poket sendiri.


Dari senario di atas, agak sukar bagi UMNO untuk mencari calon yang menepati ciri-ciri yang mereka idamkan.
Kalau dari kalangan golongan yang pertama, awal-awal lagi akan ditolak rakyat. Golongan pertama ini hanya disanjung oleh ahli UMNO sahaja.
Kalau dipilih dari golongan kedua pula, tiada yang mampu untuk menjadi pemimpin dek kesempitan hidup dan seribu satu masalah keluarga yang tak terurus.


Sebenarnya UMNO sudah menemui formula atau rahsia sebenar untuk menang di Permatang Pasir namun bagi merealisasikan formula itu adalah seumpama mimpi di siang hari.


Tak mustahil mereka akan dapat menemuinya satu hari nanti apabila melihat kenyataan pimpinan UMNO yang mula berubah nada merendah diri dan menerima hakikat yang mereka bukan lagi jaguh pilihan dalam arena politik tanahair.
Kalau UMNO menjadi sebagai mana dirinya sekarang ini dalam masa lebih 50 tahun, maka untuk mengubah dirinya kembali seperti mana yang ia impikan memerlukan lebih kurang 50 tahun juga.


Kalau mengikut teori Ibnu Kaldun, generasi baru UMNO yang diimpikan oleh pimpinannya hanya akan muncul dalam tempoh 40 tahun dari sekarang. Itupun jika dipacu oleh pemimpin UMNO yang hebat dan ikhlas dalam perjuangannya.
Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License