Gambar 'mata ikan' peserta HKR112 dalam stadium

Sunday 13 January 2013

Semalam tak dapat masuk dalam stadium sebab dah penuh. Tak tau macam mana keadaan dalam stadium. Nasib baik ada terjumpa gambar ni di sini. Gambar yang dirakamkan sekali harung yang memperlihatkan keseluruhan keadaan di dalam stadium semalam:
Terbukti perhimpunan anam sebegitu memang boleh dilakukan. Selama ini terjadi kacau bilau bukannya disebabkan oleh perhimpunan atau penganjur perhimpunan, tetapi kerana ada perasaan dengki, takut dan bersangka buruk orang lain...

Walau bagaimanapun, terasa sunyi pulak apabila tak adanya tembakan air dan gas pemedih mata!

Melihat daripada perkembangan semalam, Rasanya PRU-13 yang sudah tidak dapat dielakkan lagi oleh Najib bakal sengit dengan pertandingan panas. Ada yang kata PR akan menang, dan ada pulak yang kata BN tetap akan menang.

Tetapi kesemua bersetuju bahawa walau sesiapa saja yang akan menang, mereka tidak akan menang besar. Maknanya kerajaan yang bakal terbentuk adalah kerajaan yang tidak stabil dari segi politiknya.

Namun itu semua tidak perlu menjadi masalah pada rakyat seandainya semua badan berkecuali yang ada di dalam negara kita kekal berkecuali dan menjalankan segala tugasan mereka secara profesional untuk rakyat, untuk negara.

Mari kita doakan agar semua badan berkecuali terlepas dari belenggu menjadi pencacai mana-mana parti politik...
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License