Hati-hati! perempuan boleh kesan lelaki curang!

Friday 14 December 2012

Bolehkah anda mengesan seseorang lelaki itu telah berlaku curang dengan hanya melihat gambarnya sahaja?

Jika anda seorang lelaki, kemungkinan besar, anda tidak dapat melakukannya dengan baik. Tetapi tidak bagi seorang perempuan.

Kajian menunjukkan perempuan yang hanya diberikan gambar sekumpulan lelaki yang diketahui berlaku curang dan tidak curang dapat membezakan mana yang curang di antara mereka.

Bagaimana perempuan punyai keistimewaan tersebut tidak dapat dipastikan lagi. Berkemungkinan faktor kejantanan yang menjadi daya tarikan pada seseorang lelaki menjadi faktor telahan mereka.


Lelaki yang terserlah kejantanannya dapat dinilai oleh wanita. Kaum wanita biasanya lebih tertarik pada lelaki yang terserlah kejantanan mereka. Oleh itu kemungkinan mereka yang jantan berlaku curang adalah lebih besar daripada mereka yang kurang serlah kejantanannya.

Walau bagaimanapun, kehebatan wanita dalam mengesan lelaki yang curang amat menakjubkan. Tetapi apa jadipun, samada mereka boleh kesan atau tidak boleh kesan, seorang jantan tidak sepatutnya berlaku curang! Lebih elok buat secara halal dengan berkahwin.

Kalau berkahwin pulak elok diberitahu, kerana biasanya isteri anda sentiasa dapat mencium bahawa suaminya ada pasang satu lagi isteri dengan hanya melihat mata anda!!!

Sumber


Share on :

1 comment:

  1. isteri harus selalu-selalu chek spender laki bila balik keja tu... hehehe... leh je tengok kesan-kesan airan yang tak sepatutnya... kikiki... kalau kerap ada... ada la tuuuu... :P

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License