Kenapa peniaga takut pada Umno?

Friday 3 August 2012

Aku tak tau apa cerita sebenar antara Abby Abadi dengan syarikat tudung yang menggunakan khidmatnya sebagai duta. Apa yang aku paham daripada cerita-cerita di sana-sini ada dua perkara sahaja:
  1. Abby Abadi sokong PR
  2. Kontraknya sebagai duta tudung sebuah syarikat digantung untuk di semak semula.
Rentetan antara dua peristiwa tersebut membuatkan timbul persepsi "oleh kerana Abbay Abadi sokong Pas maka kontraknya telah digantung". Betul atau tidak betul aku tak mau ambil peduli. Tapi ada banyak perkara menarik yang boleh kita cedok daripada apa yang berlaku.

Antara perkara penting yang semua orang kena mengaku adalah betapa ramai rakyat negara kita yang berfahaman bahawa, kalau nak selamat menjadi seorang usahawan yang berjaya, peniaga hendaklah menyokong Barisan Nasional atau lebih tepat lagi UMNO.

Ini doktrin usahawan yang telah diperturunkan dari zaman berzaman dari usahawan kepada usahawan. Kita boleh lihat lahirnya ramai usahawan Umno pada zaman Tun M memerintah dan sekarang ni ramai usahawan itu yang jadi tak ketahuan. Kalau zaman moden macam sekarang ini, kita boleh kategorikan fahaman itu sebagai satu fahaman kurafat yang tidak boleh dijadikan pegangan.

Pada mulanya aku hairan apa kena mengena perniagaan Tudung dengan takutkan Umno. Setelah aku fikirkan semuala baru aku perasan yang bisness jual tudung ni perlukan suasana glamour. Kemuncak glamour boleh didapati melalui penggunaan media utama sebagai agen promosi.

Dalam bab tudung, banyak rancangan yang menyentuh hal ehwal wanita disiarkan terutamanya oleh media glamour tanah air TV3. Bila TV3 buat liputan sure meletup jualan tudung tersebut. Jadi untuk pastikan syarikat tudung tak kena gam, dia terpaksa menyokong Umno dan membuang apa saja yang boleh mengaitkan dia dengan parti lawan.

Dari sudut lain kita boleh lihat bagaimana persepsi rakyat dan para usahawan yang faham bahawa hampir keseluruhan media popular utama dikuasai oleh Umno. Kalau nak maju berniaga jangan sesekali lawan Umno. Umno akan menghukum sesiapa saja yang ada hubungan dengan pembangkang. Bagi Umno menyokong pembangkang adalah satu pengkhianatan kepada negara.

Hahaha itulah yang aku nak tergelak. Bagaimana kita selama ini diperbodohkan oleh Umno bahawa kerajaan itu adalah umno dan umno itu adalah kerajaan dan itu berlaku dulu kini dan selamanya. Lihat tema lagu merdeka kali ni, moto Umno dan BN dijadikan lagu tema, "janji ditepati" apa tak boleh ka kasi moto yang menyentuh jiwa patriotik. Bukankah itu hari merdeka.

Tapi Umno perduli apa kerana sambutan Merdeka adalah sambutan Umno, hari merdeka adalah hari umno, negara merdeka hanya disebabkan Umno dan Malaysia hanya untuk para penyokong Umno sahaja. Selain daripada itu semuanya adalah setaraf dengan komunis. Hahaha aku bosan dengan cubaan memperbodohkan kebijaksanaan aku.

Kadangkala aku hairan kenapa rakyat begitu bodoh tak tahu berfikir. Kita boleh ucapkan syabas pada Umno yang berjaya tanam segala persepsi mengarut tersebut sampai ia berakar umbi jenerasi dari sebelum merdeka sehingga seleas merdeka.

Tapi bila difikirkan secara rasional apa yang nak diherankan. Tengok saha ajaran-ajaran sesat yang diikuti oleh ramai orang bijak pandai. Hari ni aku dapat tahu tentang ajaran sesat Pak Habib. Dia kata Nabi Muhammad tu Tuhan. Tak payah posa bulan ramadan dan tak payah solat kecuali hari khamis. Yang paling sempoi sekali adalah kalau minum arak sedikit berdosa kalau minum banyak bagus untuk kesihatan.

Itupun ramai yang mengikuti secara fanatik ajaran Pak Habib. Ada ramai dikalangan pada doktor, jurutera, ahli akademik dan dengar khabarnya ada seorang pemimpin politik yang menjadi salah seorang dari pengikut ajaran Pak Habib. Kalau ajaran sesat sampai macam tu ramai yang ikut , apalah sangat ajaran ringan Umno yang tak berapa sesat tu?.

Aku cadangkan agar semua para usahawan buang sajalah sentimen parti bila berniaga. Sokong siapa saja yang hanpa rasa sesuai falsafah politiknya dengan jiwa hangpa. Umno tidak lagi sekuat dulu dan rakyat tidak lagi sebodoh dulu walaupun masih ramai yang tak cerdik.

Melainkan anda seorang usahawan fanatik penyokong sesebuah parti, tidak salah jika anda memilih bulu untuk berurusan dengan perniagaan anda. Itu hak masing-masing. Tapi aku yakin usahawan macam tu tak pergi jauh ke mana sebab pasaran parti bukannya besar sangat berbanding pasaran non-partisan.

Mari kita doakan agar Allah tunjukkan mana yang benar dan mana yang salah. Kita juga wajib berdoa agar Allah buka hati kita untuk menerima yang benar itu banar dan yang salah itu salah. Setakat tahu salah tapi tolak juga macam Abu Jahal tu tak guna juga. 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License