Kempen Blackout sukses - Najib cuak!

Wednesday 15 August 2012

CIJ buat kenyataan kempen Blackout berjaya melebihi jangkaan. Ini petanda rakyat dulu lain rakyat sekarang lain. Kini rakyat bukan dunggu dan serah bulat-bulat apa kerajaan nak buat, samada ikut atau kena humban masuk longkang.

Dengar kata Najib beri arahan suruh kabinet kaji semula S114A, rakyat didahulukan, janji perlu ditepati. Baru nak sedar kediri, sebelum ni apa pernahkan depa ambil pandangan rakyat?

Apapun itu satu kemajuan dan syabas sebab ada niat nak jadi baik. Dibulan posa pulak tu. Allah catitkan niat buat baik dengan satu pahala dan eloklah selepastu diikuti dengan amalan pulak bukan setakat niat saja. Allah akan berikan ganjaran 10 kali pahala.

Oleh kerana aku juga tak setuju dengan S114A, aku tak buaty posting hari ni, tapi aku masuk juga internet untuk cari maklumat. Berbaloilah juga aku jadi golongan yang bantu make it happen bukan sekadar tengok something happening dan bukan juga yang lebih teruk mereka yang tak tahu what is happenning...

Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License