Boleh pakai perfume ber-alkohol: Mufti Besar Dubai

Thursday 5 July 2012

Dalam bab pakai minyak wangi yang ada alkohol ni aku rasa semua rakyat muslim Malaysia dah tahu sangat tentang hukum yang telah diperturunkan semenjak datuk nenek kita kecil dulu lagi. Kita dilarang pakai minyak wangi atau dalam bahasa glamournya kita panggil perfume yang ada alkohol. Biasanya dulu jenis yang ada alkohol tu boleh sembur crit ! crit!, aaah wangi sungguh baunya dan bila melekat kat kulit terasa sejuk nyaman...haaaaa, sah itu jenis ada alkohol tu. Bila jadi macam tu aku kalut pi basuh dengan air tujuh timba, bukan apa takut kalau-kalau nanti nak solat tak sah. Kita semua faham kenapa tak boleh pakai perfume macam tu sebab dia ada alkohol, dan alkohol tu najis dan najis tak boleh di bawa dalam solat.


Dua tiga bulan sudah aku ada dengar kuliah dari seorang Ustaz muda lulusan middle east yang memperkatakan tentang minyak wangi beralkohol. Bagi dia, tak ada apa-apa kalau nak pakai dan dia memang pakai jenis tu. Tak kisah walaupun jika di pakai dalam solat katanya. Katanya lagi ketika arak diharamkan penuh melimpah kota Madinah para sahabat pakat tuang minuman tersebut. Kalau benda tu Najis takkan Nabi tak larang depa pakat tuang bergelimpangan penuh kota Madinah, woit benda najis takkan nak buang ikut suka hati kat bandar suci tu, tentu Nabi suruh tuang kat padang pasir jauh-jauh sebab ianya najis. Tapi Nabi tak kata apapun. Maknanya arak cuma haram di minum dan bukannya najis. Begitulah lebih kurang syarah ustaz muda tersebut.

Selepas aku besar sikit dan mula berjalan jauh naik kapal layar dan kapal terbang aku mula perasa ada 2 pendapat berbeza tentang bab alkohol ni. Satu kata dia najis dan satu lagi kata dia bukannya najis. Pendapat tersebut di sahkan oleh Mufti besar Dubai dengan memberikan fatwa ok untuk pakai perfume beralkohol asalkan jumlah alkohonya sedikit sahaja. kalau ada minyak wangi yang tanpa alkohol elok digunakan yang itu, ia lebih afdal, katanya lagi. baca laporannya kat sini
Share on :

3 comments:

  1. mmg takde masalah, sbb ia bkn alkohol yg mencapai tahap arak. Cuma masyarakat kita dah terbiasa faham yg alkohol itu arak. Yg haram ialah arak.

    arak mmg alkohol, tapi alkohol tak semestinya arak.

    ReplyDelete
  2. Arak diharamkan kerana memabukkan. Ada sesiapa yang minum minyak wangi yang beralkohol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus soalan tu yek...kenapa agaknya ada pendapat yang mengharamkan alkohol jika dicampurkan bersama perfume dan yang memberikan pendapat itu pulak bukanlah calang-calang orang, para cendikiawan yang dari kecil sampai meninggal kerjanya hanya menuntut dan mengkaji ilmu...kenalah kita buat kajian sedikit nampaknya...mesti ada sesuatu.

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License