Bila Najib nak lancar kedai petrol 1Malaysia?

Saturday 14 July 2012

Hari ni Datuk Seri Najib lancarkan kedai kain 1Malaysia. Sejak dia perkenalkan slogan 1Malaysia bermacam-macam idea diketengahkan oleh para usahawan 'brilliant' untuk mengaut keuntungan tanpa perlu bersusah payah melabur untuk marketing, naik saja ombak tinggi 1Malaysia macam para surfer menggunakan ombak tinggi untuk meluncur di atas air.

Macam-macam konsep perniagaan 1Malaysia dah ada, Kedai barang 1Malaysia, Kedai ikan 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan lain-lain lagi dan aku dok tertunggu-tunggu Najib lancarkan kedai minyak petrol 1Malaysia yang murah bersama dengan universiti 1Malaysia yang kemasukannya percuma...bila lagi agaknya?


Dalam merasmikan semua konsep niaga buat duit 1malaysia tu dia sempat lagi tuhmah PR bukan jenis yang tepati janji. Dia angkat bakul membandingkan bagaimana kerajaan BN sentiasa buat janji dan tepati segala janji. Tapi minta maaf aku tak makan logik tak waras Najib tu. Kenapa dia bandingkan epal dengan limau.

Apa dia tak sedarkah dia bandingkan janji yang dibuat oleh Federal dengan janji yang dibuat di peringkat state. Mana boleh disamakan kerana banyak tranformasi perubahan asas terletak dibawah kuasa federal dan bukannya state. Lalu dia guna perbandingan bodoh tu untuk kelabukan mata rakyat nak tunjuk kononnya BN hero.

Kalau dah terror sangat kenapa main jawab dan tuduh dari jauh. Kenapa tak sambut cabarab berdebat untuk bentangkan janji perubahan masing-masing secara live?, bila sentuh bab tu dia buat kenyataan sewel yang berdebat tu bukan budaya orang Malaysia...hahaha...itu kenyataan paling sewel yang pernah aku dengar semenjak aku celik mata ke dunia ini dari mulut seorang pemimpin peringkat paling tinggi negara yang kononnya nak bawa perubahan kepada rakyat Malaysia....
Share on :

4 comments:

  1. Warta shubhi.maksud shubhi dlm bahasa bidayuh ialah semut.
    Sesuai..wartasemut.he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai le tu...kita rakyat marhaen umpama semut saja...tapi sekali sekala gigit terasa jugak gatalnya.

      Delete
  2. KEDAI LEMBU 1 MALAYSIA JUGA BILA NAK BUKA.
    MODAL DAH KELUAR BANYAK.
    SHARIZAT BOLEH JADI TUKANG LAPAH......

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License