Bangsa mana kuat menipu, Amerika, Israel, Itali atau China?

Sunday 24 June 2012

Aku tak tau macam mana orang Melayu lain punya persepsi terhadap bangsa Cina di Malaysia. Masa aku kecil aku beranggapan orang Cina kuat menipu. Mereka berjaya dalam perniagaan sebab mereka pandai menipu. Bagi orang Cina kepandaian menipu adalah sesuatu yang hebat dan dihargai. Itu semua aku dapat secara turun temurun daripada orang-orang tua kampung. Maklumat yang sama yang di berikan berulang-ulang membuatkan aku membawa pahaman sebegitu sampai ke satu tahap di mana aku mula menggunakan akal untuk berfikir dan mencabar apa yang telah diajar kepada aku. Alhamdulillah aku berjaya memadamkan persepsi tak betul tersebut sekarang.

Itu di negara kita. Orang Melayu menuduh orang Cina kuat menipu dan orang Melayu merasakan mereka lebih jujur daripada orang Cina. Namun di sebelah barat pula, berbeza keadaannya. Orang Amerika berprasangka bahawa bangsanya kuat dan hebat menipu, bangsa Israel pula menyangka bangsanya kuat menipu, begitu juga bangsa Itali merasakan merekalah yang paling kuat menipu. Mereka masing-masing merasakan bangsa mereka sendiri kuat menipu dengan lebih hebat berbanding bangsa lain. Samada sikap begitu timbul hasil daripada perasaan mereka yang memandang tinggi pada perangai menipu itu tidak dapat dipastikan.


Intro di atas membawa kepada satu pertanyaan, "bangsa manakah di dunia ini yang paling kuat menipu?". Kalau anda nak tahu kajian telah dilakukan dengan menggunakan sistem ukuran tertentu untuk mengukur kadar penipuan terhadap sesuatu bangsa dan keputusannya amat menarik.

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap bangsa Israel, mereka didapati kuat menipu dengan tahap yang sama sahaja dengan bangsa Amerika. Begitu juga kajaian terhadap bangsa Itali di dapati tahap menipu mereka sama sahaja dengan Israel dan juga Amerika. Kajian pada bangsa China pula menunjukkan tahap yang sama berbanding dengan Israel, Amerika dan juga Itali.

Malah kajian yang sama dijalankan terhadap rakyat negara Turki, Kanada dan juga England menunjukkan hasil yang sama sahaja. Ini mebawa kepada rumusan bahawa sebenarnya kesemua bangsa di setiap negara yang dikaji mempunyai potensi serta tahap yang sama sahaja untuk menipu. Tak ada bangsa tertentu yang kerja menipunya jauh lebih hebat daripada bangsa lain.

Walaubagaimanapun kajian tidak pula dijalankan terhadap bangsa Melayu di negara kita. Tentu menarik untuk mengetahui samada bangsa kita sama hebat budaya menipunya berbanding dengan bangsa lain. Cuma uniknya negara kita adalah, kita tidak ada satu bangsa yang boleh kita namakan bangsa Malaysia. Kita hanya ada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Semua bangsa yang ada di dunia ini ada di negara kita melainkan bangsa Malaysia. Kalau ada orang nak cari bagaimana rupanya bangsa Malaysia lalu datang ke negara kita tentu dia akan kecewa sebab hanya ada negara tetapi tak ada bangsa. Kita sampai sekarang saling membezakan antara satu sama lain walaupun sudah lama duduk sekali dan sudah 3 hingga 4 jenerasi keluar masuk, kita masih berkata lu Cina gua Melayu tambi India dan sebagainya. Lihat saja cara kita berpolitik, bagaimana kita di takutkan dengan kajian jika undi PR, Cina akan kuasai Malaysia dan kalau undi BN Melayu akan kuasai Malaysia.

Nampaknya di negara kita Melayu tak mau Cina berkuasa dan Cina pula tidak mahu Melayu berkuasa. Kalau sikap sebegitu timbul atas alasan budaya menipu, sekurang-kurangnya kita boleh katakan pada mereka bahawa samada Melayu atau Cina kedua-duanya sama sahaja kuat menipu, lebih-lebih lagi orang politik. Tak ada apa istimewanya mana-mana bangsa, semuanya sama buruk dan menjelikkan. Benarlah ajaran Islam, yang membezakan manusia hanyalah TAQWA!, jesteru itu pilihlah parti yang menjadikan islam sebagai dasar perjuangannya...

Sumber kajian tahap menipu berbagi bangsa boleh didapati di dalam buku: The Honest Truth About Dishonesty: How We Lie to Everyone---Especially Ourselves
Share on :

5 comments:

  1. Salam semua...

    Orang cina akan mati kalau tak judi.
    Orang jepun akan mati kalau tak keje.
    Orang British akan mati kalau tak bangga diri.
    Orang india akan mati kalau tak bercakap.
    Orang melayu akan mati kalau tak buat semua.
    sebab....
    Depa ni kan ada kat tanah melayu..

    ReplyDelete
  2. sekarang ni orang pas rasa takkan berjaya kalau tak menipu. mereka dah tak percaya Allah yang menentukan segala galanya walaupun syariatnya Islam dasar perjuangan tetapi hakikatnya Kuasa itu penentu kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkah pakteh adam? pakteh adam kalau percaya pada takdir Allah swt, sudah pasti dah lama pakteh adam meninggalkan UMNO @ APCO @ BN. Setakat hari ni, saya dok nampak yang kuat menipu ni puak munafikun UMNO aje. Kalau pakteh nak marah saya, marah le. Yang penting, saya percaya Allah swt sentiasa bersama saya, insyaallah. Saya amat yakin selepas diberi oksigen selama 52 tahun oleh Allah swt dan jantung masih kuat bekerja. Saya masih hidup dengan walaupun tanpa tongkat dari UMNO @ BN dan malahan hari demi hari, makin banyak.

      Delete
  3. sifat baik & jahat ujud dlm setiap insan tak kira samada yg percaya adanya tuhan atau atheis & apa jua jenis bangsa pun. penganut islam pun ada yg buat jahat, kalau tidak allah swt tak buat hukum.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License