Bagaimana diri kita bila roh keluar dari jasad - Mesti tengok!

Tuesday 12 June 2012

Saintis telah merumuskan bahawa mereka yang sentiasa mengingati kematian mampu berubah menjadi manusia yang baik. Salah satu cara mengingatkan diri kita kepada kematian adalah dengan menziarahi saudara atau kenalan yang meninggal dunia, atau menziarahi kubur, atau menyaksikan kawan atau saudara yang sedang nazak. Semua itu membawa diri kita pasrah dan menerima hakikat bahawa kita juga akan mengalami nasib yang sama samada selepas ini, esok atau entah bila, yang pastinya ia tetap akan berlaku. Mati itu pasti, hidup itu Insyallah!.

Dengan sentiasa ingat mati kita akan menjadi orang baik, kita akan ringan tulang, kita akan elakkan buang masa, kita akan buat perkara berfaedah, kita akan tawar pada ketamakan harta benda, kita akan berfikir masak-masak sebelum buat jahat, kita akan pastikan hidup kita bermakna. Bayangkan keadaan kita selepas mati. Kita sudah pasti tak akan kembali lagi. Penyesalan setinggi manapun tak akan dapat membuatkan kita hidup semula. Apa yang kita lakukan, telah berlaku dan apa yang kita tidak lakukan tak akan dapat kita lakukan lagi. Tinggallah semua, tinggallah saudara, tinggal anak, tinggal isteri, kain kapan membalut badan, tinggal harta tinggal kuasa, sekujur badan kaku tidak bernyawa kita berada di ambang menerima balasan terhadap apa yang kita lakukan.

Tengok video ini dan bayangkan diri itu adalah anda........

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License