Wooit! ADUN BN curi letrik !!!

Friday 6 April 2012

Tak cukup dengan rompak wang rakyat, letrik TNB pun depa nak curi. Depa baguih punya dok nasihat orang berjimat, jadi warga jujur, jangan jadi penjenayah bla bla bla....berkokok sana sini, taik penuh kat ekor hahaha...baca laporan kat bawah ni:


SEORANG wakil rakyat Barisan Nasional dikesan "mencuri elektrik" untuk kegunaan peribadi supaya bil yang diterimanya saban bulan sedikit berbanding penggunaan keseluruhan lampu dan peralatan elektrik di kediaman mewah Adun itu.


Patutkah rakyat terbanyak di negeri berkenaan disuruh berjimat cermat tenaga elektrik tetapi pada masa yang sama golongan kaya raya ini mengamalkan sikap buruk dengan mengubah suai beberapa peralatan termasuk pada bahagian meter bagi menghalang bacaan sebenar kadar penggunaan elektrik.

Sumber PenangInsight.com memberitahu, anasir tidak bermoral itu mula dikesan oleh seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad dengan dibantu oleh dua penyiasat lain ketika membuat pemeriksaan teknikal di rumah mewah Adun berkenaan baru-baru ini.

Meter elektrik sah diubah suai dan merupakan jenayah di sisi undang-undang. Sumber berkatam, satu laporan polis telahpun dibuat di Seberang Perai pada Isnin lepas. Jika didapati bersalah, wakil rakyat Barisan Nasional terbabit dirujuk di bawah seksyen 37(1) dan/atau Seksyen 37(3) dan/atau Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Yang Berhormat berkenaan telah tiga penggal menjadi Adun dengan memiliki kekayaan yang luar biasa dalam masa yang singkat serta mempunyai kenderaan mewah seperti beberapa buah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi. Berita lanjut, menyusul kemudian...sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License