Apa kita boleh belajar dari kes Badrulamin

Monday 27 February 2012


  • Kes Ustaz Badrulamin kena tangkap khalwat terpampang di muka depan media-media utama negara yang pro kerajaan. Itu lansung tidak menghairankan memandangkan ia merupakan berita negatif kepada PR. Sebaliknya perhimpunan hijau 2.0, media pro kerajaan dakwa hanya dihadiri oleh kurang dari 3,000 orang dan tidak mendapat liputan muka depan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
  • Seperti biasa blog-blog pro Umno yang totok menokok tambah cerita penangkapan tersebut seolah-olah mereka berada di tempat kejadian ketika ianya berlaku. Mereka menggambarkan bahawa Badrulamin memang kemaruk isteri orang dan rosak moral sedangkan cerita sebenarnya masih belum pasti. Ternyata ada orang yang gemar menjadi agen pemfitnah dan lansung tidak takutkan api neraka.
  • Walau apapun yang sebenarnya berlaku, para pemimpin politik di negara kita sepatutnya sedar bahawa jumlah orang yang tak takutkan api neraka semakin membanjiri negara kita. Pemimpin perlu ambil sikap berhati-hati dalam apa saja pergerakan mereka seolah-olah muncung pistol sentiasa mengekori pergerakan mereka.
  • Para pemimpin tidak sepatutnya berseorangan dalam mana-mana perjalanan terutamanya apabila mereka terpaksa bermalam di rumah penginapan atau hotel. Pastikan ada teman yang boleh dipercayai sentiasa mengiringi mereka. Takkan tak ada kawan kot?
  • Jika mereka mendapat panggilan pertolongan daripada mana-mana pihak tak kira samada dah kenal atau tidak, jangan berlagak jadi superman dengan menerpa cuba menyelesaikan masalah sendiri, apa lagi kalau yang minta pertolongan itu seorang kaum berlainan jenis.
  • Kalau sama jenispun dan jika si lelaki itu seorang yang tampan seperti Saipul pendekatan berhati-hati perlu diambil agar tidak timbul fitnah dan syak wasangka.
  • Pemimpin politik yang popular sepatutnya tidak melibatkan diri dalam aktiviti menjadi penyelamat kes rumah tangga orang, ada berbagai badan yang bertanggung jawab dalam urusan rumah tangga dan paling tidakpun biarlah keluarga pasangan masing-masing menguruskan masalah seperti itu. Banyak lagi kerja lain yang pemimpin perlu uruskan selain daripada masuk campur hal rumah tangga orang.
  • Anggapan bahawa orang tidak memerhatikan para pemimpin adalah satu perbuatan yang tidak bijak apalagi jika pemimpin tersebut merupakan pemimpin parti politik di negara Malaysia.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License