Bagaimana Ibu Bekerja Indonesia Selesaikan Masalah Menyusu Anak (Bergambar)

Friday 20 January 2012

Sebelum ini ada cadangan penubuhan Bank Susu Badan di negara kita. Cadangan itu disambut dengan Fatwa Haram dikeluarkan oleh Majlis Fatwa negara kita. Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam menjadi agama Rasminya, hukum hakam agama wajib diambil kira sebelum melaksanakan sesuatu.

Isu yang sama terjadi di Indonesia. Tetapi masalahnya bukanlah bayi di sana kekurangan bekalan susu badan, sebaliknya Ibu kepada bayi terpaksa bekerja mencari makan setelah habis genap cuti bersalin 3 bulan.


Bagi menyelesaikan masalah tersebut seorang usahawan Fikri Nauval, menyediakan perkhidmatan penghantaran susu badan dari tempat ibu bekerja ke rumah di mana bayi dijaga oleh pembantu rumah.

Para ibu akan mengeluarkan susunya dan dimasukkan ke dalam botol untuk diberikan kepada khidmat penghantaran yang datang mengambil di pejabat pada waktu tengahhari. Bagi mengekalkan kesegaran susu tersebut, ia dimasukkan ke dalam termos dan dihantar dengan menggunakan motosikal. Setiap penghantaran dikenakan bayaran sebanyak $3.30 ke $4.40

Ini satu idea perniagaan yang amat baik dijalankan di negara kita bagi menyelesaikan masalah bekalan susu badan kepada para bayi. Cuma perlu diambil perhatian ketepatan susu yang dihantar sampai kepada bayi yang betul.

Jika tidak masalah akan timbul di mana kesilapan atau pertukaran susu badan bukan kepada bayi sendiri melibatkan hukum ibu susuan. Dan lebih malang lagi jika para ibu serta bayi tidak mengetahuinya. Baca ceritanya di sini



Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License