Skandal Menteri Dengan Amah - Blogger Sabahkini Mohon Maaf Pada Rais Yatim

Tuesday 4 October 2011

Ahmad Mutalib Mohd Daud hari ini memohon maaf terhadap Datuk Seri Rais Yatim, atas artikelnya yang disiarkan di dalam weblog Sabahkini yang dituduh memfitnah menteri tersebut. Menulis dengan tiada niat jahat, dia tidak menyangka akan menyebabkan Rais dan keluarga akan berada di dalam tekanan hidup dan menghadapi kesukaran didalam dan juga di luar negara serta menjatuhkan maruah serta reputasinya.

Blogger itu juga berjanji tidak akan mengulangi lagi kerja macam tu selepas ini dan menyesal dengan segala apa yang berlaku. Sabahkini.net yang sedang mengalami gangguan talian antarabangsa boleh diikuti di sini buat sementara waktu. Baca sumber asal di sini.


Selepas ini para blogger perlu pastikan mereka ada bukti yang kukuh sebelum membuat sebarang tulisan yang menyentuh orang-orang kenamaan.

Cuma agak pelik sedikit kerana orang asal yang mededahkan skandal Menteri Kabinet pada zaman Pak Lah dengan amahnya tidak pula mendapat sebarang saman dan lansung tidak disentuh. Seperkara lagi, kenapa tidak ada siasatan lansung terhadap laporan Rocky's Bru yang menuduh wujudnya Menteri yang berskandal dengan amahnya. Siapakah menteri miang tersebut?

Rocky's bukanlah wartawan sembarangan, sudah tentu tulisannya mempunyai sumber yang boleh dipercayai. Lagipun dia sering memperjuangkan etika kewartawanan yang tidak cenderung kepada politik kepartian dan menolak segala tulisan yang berupa fitnah dan tidak boleh dipercayai.

Salah satu usaha Rocky's Bru bagi menjernihkan semula dunia blogging adalah dengan mengadakan satu portal baru mole.my yang bermatlamatkan menjadi portal penapis bagi memantau dan memilih blog-blog serta tulisan yang menarik dan berkredebiliti untuk disiarkan di dalam portal itu.


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License