Undi PR Jika Mahu WiFi Free - Pulau Pinang

Saturday 19 March 2011

Pulau Pinang tidak lama lagi akan diliputi oleh WiFi percuma di segenap penjuru kecuali di tempat-tempat berikut:

  1. Kepala Batas
  2. Tasek Gelugor
  3. Nibong Tebal
Semua tempat lain dapat kemudahan WiFi percuma kecuali di 3 kawasan tersebut adalah kerana:
  • Ketiga-tiga kawasan itu adalah kawasan tidak mesra Pakatan Rakyat:
    • Kepala Batas memeilih Tun Abdullah sebagai MP mereka
    • Tasek Gelugor pilih Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai MP
    • Nibong Tebal pula, Tan Tee Beng yang telah berpaling tadah kepada rakyat dengan menyertai KITA menyebabkan rakyatnya dihukum.
  • Peruntukan tidak mencukupi untuk memenuhi keseluruhan Pulau Pinang, jadi kerajaan negeri terpaksa mengutamakan kawasan mesra PR terlebih dahulu.
Jeff Ooi, pengerusi projek WiFi tersebut berkata kalau semua kawasan tersebut mahu kemudahan yang sama, mereka hendaklah undi PR. Dalam kes ini penduduk Nibong Tebal teraniaya di sebabkan wakil yang mereka lantik berpaling tadah. Kalau penduduknya mahu juga WiFi percuma perlu menuntutnya daripada wakil mereka yang keluar PKR tersebut.

Laporan asal di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License