Lantik Orang India Sebagai TPM - Makkal Sakthi

Saturday 11 December 2010

Belum lagi selesai isu melantik orang Cina sebagai TPM, kini Makkal Sakthi pula menyuarakan hasrat mereka agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan orang india sebagai TPM. Nampaknya isu ini akan tak pernah habis, lepas ini orang Siam pula akan minta jadi TPM dan berlegar-legar tak kesudahan. Baca sini.

Jawatan PM dan juga TPM serta lain-lain jawatan menteri tidak sepatutnya berdiri atas nama bangsa Melayu, India, Cina atau apa-apa saja. Seseorang yang layak menerajui negara Malaysia mestilah seorang yang tulin mencintai negaranya dan merasakan dirinya sebati dengan tanah tumpah airnya.

Bumi bertuah yang kita namakan Malaysia ini adalah bumi di mana bangsa yang mendudukinya bercakap bahasa Melayu serta menaruh harapan yang tinggi serta percaya terhadap keupayaan bahasanya.


Bumi Malaysia ini juga mengiktiraf Islam sebagai agama rasminya dan sentiasa percaya dan menaruh harapan yang tinggi terhadap kelebihan agamanya. Bangsa mana lagi yang lebih cenderung untuk memenuhi kedua keperluan di atas selain bangsa Melayu?.

Jika kaum Cina atau kaum India masih lagi tidak nampak betapa perlunya anak-anak kita bersekolah dibawah satu bumbung, berkawan, berinteraksi dan saling menyelami hati budi masing-masing bagi melahirkan satu bangsa Malaysia, selagi itulah jangan mimpi nak jadi PM atau TPM.

Mansuhkan dulu semua sekolah vernakular dan tinggalkan hanya satu jenis sekolah sahaja di Malaysia, baru nampak adanya kesungguhan semua bangsa merapatkan jarak perkauman di negara kita. Jika nak adakan "satu sekolah semua bangsa" pun tak sanggup, siapa nak percaya yang bangsa lain dah bersedia?.
Share on :

2 comments:

  1. Geli hati baca cadangan Makkal Sakti ni. Bukan ke selama ni Perdana Menteri Malaysia orang India? Awat masa tu tak ambik kesempatan? Wakakak

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License