Pandangan Ekstremis YB Zulkifli Noordin

Monday 30 August 2010

Cuba kita baca artikel terbaru tulisan YB Zulkifle Noordin di sini. Apa pandangan anda terhadap ulasannya?

Kita setuju haknya mengeluarkan pendapat tetapi kita tidak semestinya bersetuju dengan pendapatnya. kalau dilihat dari apa yang dituliskannya saya dapat menilai tahap keilmuan YB Kulim ini dari segi kefahaman Islamnya Doktrin dakwah yang cuba dibawakannya adalah doktrin tegas dan berani serta ganas (daripada ayat tulisannya - dari segi aksinya kita tak pasti).

Bagi YB Kulim ini, kalu dia berdakwah kepada orang kafir, orang tersebut perlu terus masuk Islam, jika tidak nahas jadinya, samada sikafir tersebut melarikan diri jauh-jauh atau dia akan di hancurkan. Kalau Pas bekerjasama dengan orang bukan Islam, Pas perlu memastikan orang bukan islam tersebut ramai yang masuk islam, jika tidak tak payah bekerjasama.

Satu lagi yang saya tak faham ialah bagaimana seorang lawyer boleh tak faham kenyataan mereka yang menolak Hudud di laksanakan di Malaysia adalah dengan alasan perlembagaan negara kita, bukannya kerana mereka menentang atau menghina undang-undang islam tersebut.

Sebagai seorang lawyer maka menjadi tugas anda bagi membuktikan melalui perlembagaan bahawa perlembagaan negara kita sebenarnya tidak menghalang hukuman hudud dilaksanakan barulah anda seorang YB. Bukannya dengan membuat ulasan rakus dan lansung tidak mencerminkan diri sebagai seorang YB dan juga seorang Lawyer.

Macammana PKR boleh ambil orang semacam ini dulu untuk bertanding?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License