Ceramah PR Di Keningau

Saturday 7 August 2010

"Negaraku, tanah tumpahnya darahku.....". Berdiri tegak
melaungkan lagu kebangsaan. Pembangkang juga rakyat
yang cintakan negara dan mendaulatkan perlembagaan.
"Jalan raya di belakang itu siapa yang buat !" kedengaran jeritan dari salah seorang hadirin. Saya menoleh ke belakang dan terlihat seorang lelaki berseluar pendek dan bert-shirt sedang menyumpah-nyumpah bersendirian di barisan belakang dewan terbuka tempat ceramah diadakan.

Saya bangun ke belakang sedikit agar lebih hampir dengan lelaki yang menjerit-jerit itu untuk mendengar apa yang di ngomelkannya. "Jalanraya belakang itu siapa yang buat, saya mahu tanya!!!" sekali lagi dia menjerit. "Saya mahu tunggu apa mereka mahu kata" sambungnya lagi.


Barisan penceramah pada malam itu.
Pada sebelah malam jumaat 30 Julai 2010, satu ceramah PR dianjurkan bertempat di One Stop Station yang membariskan para penceramah dari 3 parti utama PR iaitu PAS, PKR dan DAP. PAS di wakili oleh YB Dr. Mujahid, PKR diwakili oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan manakala DAP dwakili oleh YB Dr. Hiew King Chew.

Sedutan cerita pada intro di atas adalah peristiwa sedikit kekacauan yang berlaku ketika para hadirin kusyuk mendengar ceramah. Setelah diselidiki saya mendapat tahu lelaki yang menjerit itu rupanya sedang mabuk dan dia merupakan seorang kakitangan JKR di Keningau. Patutlah dia meluahkan isi hatinya berkisar tentang jalanraya, itu sahaja yang dia tahu agaknya.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas,Mr Ong
berceramah dalam Kantonis dari mula hingga akhir
walupun ramai yang tak faham masih mendapat
sorakan gemuruh. Satu produk hasil usaha
Dr Mujahid dalam PAS.
Dewan terbuka di One Stop Station itu dipenuhi oleh ramai penduduk dari kawasan sekitar yang datang meredah hujan untuk mendengar apa yang hendak disampaikan oleh para penceramah.

Terdengar perbualan sekumpulan pendengar yang berkata kalau di Keningau ini kedatangan pendengar seramai 200 orang, ia seumpama 2000 orang di semenanjung. Mungkin itulah gambaran kesedaran para penduduk di pendalaman Sabah terhadap politik tanah air mereka.

Antara isu yang di ketengahkan oleh para penceramah malam itu adalah berkenaan pengurusan kekayaan hasil bumi di Sabah yang korup dan tidak adil.

Banyak projek pembangunan yang tak siap di kawasan Keningau itu sendiri seumpamanya jalanraya yang sudah lima tahun terbengkalai.

Wakil DAP
Ada satu projek yang dalam papan penyata projek menyatakan projek pembinaan hospital, tapi setelah siap hanya sebuah klinik kecil sahaja yang terbina.

Ini merupakan satu pembohongan kepada rakyat. Mungkin pemerintah memikirkan kalau siap hospital pun mana ada doktor yang hendak ditempatkan di sana, sedangkan jumlah doktor di Sabah sekarang ini amat berkurangan, justeru itu ia menjadi satu contoh pengurusan sumber manusia yang bercelaru di Sabah.

Dr Nicholas James. Pemimpin muda harapan PKR
Walaubagaimanapun saya merasakan isu yang dibawa oleh para penceramah terutamanya daripada para penceramah tempatan banyak berkisar kepada ketirisan serta kebocoran sistem urus tadbir yang ada pada kerajaan sekarang.

Saya khuatir jika pembangkang memerintah, mereka juga akan menghadapi masalah pengurusan yang sama juga.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Bertenaga dan penuh
berkeyakinan
Pengurusan yang cekap sebenarnya memerlukan latihan serta pengalaman dan diikuti oleh keinginan membaiki diri yang berpanjangan. Jika pihak pembangkang asyik mengetengahkan keburukan prestasi pengurusan pemerintah, tiba masanya isu yang sama akan terkena pada batang hidung mereka sendiri.

YB DR Mujahid menjanjikan harapan PAS sebagai
pengganti UMNO
Kita harus akui bahawa tiada manusia yang sempurna, inilah yang sepatutnya di dedahkan kepada rakyat agar mereka dapat menerima sedikit sebanyak kesilapan.




Yang paling penting sekali ialah ketelusan mentadbir dan kesanggupan menerima kritikan demi membaiki segala kesilapan.

Sebenarnya itulah perbezaan yang mahu ditunjukkan oleh pembangkang yang membezakan mereka dengan pemerintah yang ada. Oleh itu adalah lebih baik menceritakan kekuatan serta keistimewaan PR berbanding mendedahkan keburukan pemerintah.

Satu lawan satu pada PRU-13
Satu kenyataan menarik daripada Datuk Jeffrey Kitingan ialah mengenai sejarah Sabah yang suatu ketika dahulu merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia sebelum kedatangan BN.

Sebaik sahaja BN berkuasa dan memerintah Sabah, sehingga kini Sabah jatuh tercorot menjadi negeri kedua termiskin di Malaysia dan para penduduknya merupakan rakyat termiskin sekali di seluruh Malaysia.

Agak malang mendengar kehancuran serta pembaziran sumber kekayaan Sabah yang memiliki minyak serta kayu-kayuan tidak dapat dinikmati oleh rakyat Sabah. Memang rakyat Sabah perlu mengambil fakta tersebut sebagai satu iktibar dalam menentukan siapa pemerintah mereka.

Saya harap ia masih belum terlambat walaupun segala kekayaan hasil hutan serta minyak telah habis kering dikaut segala untungnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Berbual dengan hadirin selepas tamat ceramah
Timbul pertanyaan kenapa rakyat Sabah masih tetap menyokong BN setiap kali Pilihan raya?.

Isu itu terjawab apabila Datuk Jeffrey menyatakan bahawa Sabah menghadapi masalah kedatangan pendatang asing yang amat berleluasa sekali sejak kedatangan BN.

Ramai di kalangan pendatang asing diberikan hak kerakyatan agar dapat mengundi asalkan mereka mengundi BN.

Dengan munculnya ramai pengundi hantu dan warga negara segera ini maka timbul berbagai masalah sampingan yang amat kritikal seperti kadar jenayah yang tinggi.

Penulis (berjaket merah) dan rakan-rakan menunggu YB
berangkat meninggalkan kawasan ceramah
Hak menentukan siapa menjadi pemimpin juga telah dinafikan daripada warga asal Sabah, apabila ramai dari kalangan pendatang yang berpeluang menjadi rakyat Sabah mengundi BN sebagai syarat mendapatkan kerakyatan.

Mungkin ada benarnya kes tersebut di atas berlaku kerana saya ada melihat ramai warga Pakistan yang terang-terang orang luar memiliki kad pengenalan Malaysia, dan mereka menjadi peniaga perabut yang banyak terdapat di sekitar Sabah sehingga di kawasan pendalaman. Itu belum lagi dilihat warga pendatang dari Filipina dan Indonesia, mungkin jumlah terlalu banyak.

Rehat sebentar membasahkan tekak yang letih berceramah.
Kemuncak ceramah pada malam itu adalah bagi mengumumkan bahawa pada PRU-13 nanti, Pakatan Rakyat telah sebulat suara akan memastikan tiada pertandingan 3 penjuru lagi akan berlaku di Sabah. PR akan memastikan setiap pertandingan adalah satu lawan satu.

Jika ini berjaya diatur dengan kemas, kemungkinan Sabah akan jatuh ke tangan PR bukan sesuatu yang sukar untuk direalisasikan.

Banyak yang nak diceritakan sepanjang sesi ceramah pada malam tersebut, tetapi jika mahu disampaikan semuanya sudah tentu ia menjadi satu karangan yang terlalu panjang dan membosankan.

Moga ketelusan Pakatan Rakyat terutamanya PAS berjuang menegakkan keadilan kepada rakyat Sabah akan membuahkan hasilnya.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License