PBT Cemerlang, PR Gemilang !

Saturday 22 May 2010

Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor Darul Ehsan sejak Mac, 2008. Pengambil alihan tersebut membawa banyak perubahan kepada cara perlaksanaan pengurusan sumber negeri yang seterusnya hasil daripada itu di salurkan semula kepada rakyat.

Sebagaimana roda yang sudah amat sesuai dengan bentuk bulatnya dan tidak perlu direka kepada bentuk lain, begitulah juga struktur pentadbiran yang telah terbina sejak berpuluh tahun BN memerintah negeri Selangor, tak perlu direka kepada satu bentuk yang lain.

Apa yang perlu diperbaiki cuma cara menggerak dan melaksanakan jentera yang telah ada secara lebih telus dan meminimumkan keciciran agar faedahnya dapat menyeluruh sehingga kepada semua peringkat rakyat.

Adalah sesuatu yang patut dipuji bagaimana PR merombak semua pengurusan dan pentadbiran PBT yang ada di negeri Selangor. Hasil rombakan menampakkan perubahan yang ketara terutamanya dari segi pendapatan setiap PBT yang ada di Selangor.


Terdapat sebanyak 12 PBT di seluruh Selangor dan PR berjaya merubah dengan jayanya perkara-perkara berikut:

  1. Kutipan Kewangan
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Kelulusan Lesen
  4. Penyediaan serta penyelenggaraan kemudahan Awam.
Ke empat-empat perkara di atas berjalan lancar dan berjaya dimantapkan apabila kerajaan PR mula memastikan bahawa segala keputusan PBT tidak disabotaj atau dikekang oleh ahli politik. Ini dapat berlaku apabila ADUN tidak lagi diberikan peranan memegang jawatan sebagai Ahli Majlis.

Sebaliknya jawatan Ahli Majlis dipegang oleh para profesional yang mahir dalam bidang masing-masing serta para aktivis masyarakat yang berkumpul sebagai satu kumpulan bagi membuat keputusan terhadap kepentingan masyarakat.

Di bawah PR tiada lagi duit kopi perlu dikeluarkan dalam urusan mendapatkan kelulusan serta lesen, kerana mensyuarat untuk hal-hal itu diadakan sebanyak 2 minggu sekali di mana lesen dapat diluluskan secepat mungkin tanpa ada penundaan. Ini mengelakkan 'duit kopi' sebagai habuan mempercepatkan kelulusan.

Projek-projek juga disalurkan secara telus tanpa ada campur tangan ahli politik kerana mereka tidak lagi mempunyai atau memegang apa-apa jawatan dalam ahli majlis.

Contoh hasil yang paling ketara dapat ditunjukkan pada keupayaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya yang dapat mengumpulkan dana sebanyak RM191 juta setelah baru setahun setengah memerintah, sedangkan selama 50 tahun BN memerintah jumlah dana yang berjaya dikumpul hanya setakat RM60 juta.

Banyak usaha-usaha pembaikan seperti masalah banjir dapat diselesaikan setelah dana yang banyak dapat dikumpulkan bagi disalurkan dalam membiayai projek tersebut contohnya di kawasan batu tiga yang sebelum ini merupakan zon banjir yang amat mengerikan.

Banyak kawasan yang dikenali sebagai zon kotor di Selangor ini seperti di Sri Muda, Shah Alam atau di Puchong telah bertukar menjadi zon bersih.

Yang menariknya semua kawasan yang terbabit secara tiba-tiba menjadi bersih melalui usaha mudah dengan hanya meletakkan satu papan hebahan besar di setiap kawasan kotor memberitahu orang ramai, "Anda sedang berada di zon bersih", berserta dengan logo PBT di setiap kawasannya.

Tiada budget besar-besaran serta kempen mewah yang dilancarkan dalam usaha tersebut. Sesiapa saja yang memberikan idea itu saya tabik hormat, apatah lagi pemimpin yang berani melaksanakan idea mudah itu, anda memang hebat.

Cuma kerajaan PR perlu menggandakan sedikit usaha marketing atau pemasaran segala kejayaan mereka bagi menolak tohmahan serta usaha pihak yang dengki dengan segala kejayaan itu. Bukan apa jika rakyat termakan dengan maklumat yang tak betul itu, yang akan rugi kemudian hari adalah rakyat sendiri.

Jadi saya syorkan PR jangan kemut serta kedekut memasarkan segala perubahan serta kejayaan mereka agar rakyat sedar dan dapat membandingkan hasil dahulu dengan hasil sekarang.
Share on :

2 comments:

  1. Saya harap semuanya boleh beruabh dibawah kerajaan baru PR. Cuma saya sangat skeptikal tentang hal ini. Saya ada membuat permohonan tukar milik hartanah kepada PKNS. Sewaktu saya menghantar permohonan saya diberitahu permohonan akan diproses dalam masa 7 hari bekerja. Sekarang 16minggu telah berlalu permohonan saya masih tidak diproses dengan alasan mesyuarat ditangguhkan!

    Saya menghubungi pegawai terbabit sebaliknya saya diherdik dengan kasar.

    BN ke PR semua sama sahaja kepda little napoleon ini

    ReplyDelete
  2. ZulBahau,
    Kena ambil maklumat lengkap terhadap cerita tuan ni, kita hantar aduan dan tengok macammana respond mereka

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License