Kemenangan Peraih Ikan Di MU

Wednesday 15 July 2009


Kalau sebelum ini PAS menang dengan majoriti undi 1,352 undi pada PRU12 yang lalu, pada PRK baru-baru ini PAS hanya menang dengan 65 undi sahaja.

Dalam pertandingan menang tetap menang walau sedikit mana sekalipun lebihan undi.

Namun di sebalik kemerosotan majoriti undi itu dapat memberikan seribu satu macam tafsiran untuk pertandingan yang akan mendatang.

Adakah setelah termakan dengan kata-kata UMNO yang menegur PAS yang meletakkan seorang peraih ikan sebagai calon mereka maka ramai penduduk di MU yang dulunya memberikan undian pada PAS kini merubah haluan?

Mungkin para pemikir PAS sedang mengkaji sebab musababnya dan PAS perlu mengambil serius dalam keputusan PRK ini jika mahu mengekalkan momentum yang ada semenjak PRU12 lalu.

Nampaknya aura PM baru Datuk Seri Najib mula memberikan kesan.

Walau bagaimana pun syabas diucapkan kepada yang menang dan kepada para peraih ikan jangan ambil hati atas keceluparan mereka yang memandang rendah kepada peraih ikan.

Saya cadangkan para peraih ikan untuk cuba kaji sedikit bagaimana status peraih-peraih ikan seperti di negara Norway.

Kalau kerajaan menggalakkan rakyat menceburkan diri dalam pertanian dan cuba mengubah minda rakyat yang rata-rata berpersepsi ianya kerja "low class", kenapa hendak direndahkan pula para peraih ikan.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License