Dah lama aku tak mengarut dalam blog ni sejak PRU 13 dah habis, baru hari ni rasa nak jenguk semula dan buat sedikit ucapan polotik semasa. Aku tak taulah samada aku dah terlepas bot atau tidak tapi dalam banyak benda politik yang aku cuba tak mau dengar, aku masih juga dengar orang berbual pasal agenda jatuhkan ulama.
Kalau bab ulama atau tak ulama ni dan dalam ruang lingkup politik pulak, tentu tak lepas dari PAS. Biasanya parti Pas yang paling banyak cakap pasal ulama sampai Umno terikut-ikut terhenjut-henjut mengumpulkan bahan apa saja untuk dijadikan ulama. Umno rasa kalau tiada ulama ditonjolkan sedikit secukup rasa dlaam parti mereka, tak ada umph daya tarikan dikalangan orang melayu kampung.
Sebab apa aku kata orang melayu kampung adalah kerana biasanya mereka saja yang bila dah terhenjut-henjut tua nak masuk kubur, akan berjinak-jinak dengan masjid atau surau. Tatkala itu mula bercakap ala-ala ulama sampai semua orang keliling akan kata Fulamak!!!.
Jadinya, lebai kampung yang dah kembali ke pangkal jalan tu akan mula jadi pencinta ulamak tak kra macam mana fahaman dia, setakat mana betulnya ilmu dia tak penting. Asalkan ulama, itulah kebenaran. jadi atas dasar itu Umno tak boleh lari dari tonjolkan pada mereka, 'woi! kami pun ada ulama lerrr!"
Ok! aku merewang panjang dah ni tapi masih tak buat kesimpulan apa yang aku nak cakap. Isunya adalah aku dengar ada tuduh menuduh berlaku dalam Pas kononnya ada kumpulan yang mahu menjatuhkan ulama agar terduduk atas lantai Parti tersebut.
Maka ramailah pak janggut yang naik minyak nak cantas dan tebas sesiapa saja yang berani hina ulama. Jangan cakap nak perlekehkan ulama dan nak tolak ulama daripada pegang kerusi pimpinan Pas, depa nak mengamuk.
Macam-macam depa marah. Mereka mula buat hujah perlu tolak golongan yang hina ulama. Perlu singkirkan mereka yang tak pandang tinggi pada ulama dan sebagainya seumpamanya dll. Tapi geng-geng yang sama bila puak yang sebarisan dengan depa dok hina ulama seperti Harussani dan Sahibus Salamah, Fathul Bari dan lain-lain, mereka diam membisu dan mungkin ada jugak yang tumpang bubuh sekaki dengan katanya ulama sesat, tak berkelayakan, gila wang, gila pangkat dan lain-lain.....
Maknannya depa juga akui adanya ulama tak boleh pakai dan ada ulama yang boleh pakai. malangnya depa ingat jenis itu hanya ada diluar Pas. kalau masuk dalam Pas semua ulama boleh dan wajib kena pakai sebab mereka maksum agaknya?????
Woi!!! ada nampak ke apa yang aku nak cerita?
Okalah setakat itu saja buat kali ini...bulan depan kita jenguk pulak. Itupun kalau ada umur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ulamak sekarang berbeza dengan ulamak zaman dulu ... tambah-tambah lagi ulamak sekarang hanya mahir di dalam bidang-bidang tertentu. Dgn lain perkataan, tidak mahir dalam banyak bidang... kita lihat ulamak dulu... dialah pakar bedah, dialah pakar ilmu bintang dll disamping hafiz dan muhaddisin... ulamak sekarang kalau yang masuk politikpun sesetengahnya tidak mahir ilmu politik, strategi politik, fiqh al waqi' dan lain-lain yang berkaitan dengan politik... sebab itu timbul berbagai pandangan dan kefahaman yang bercanggahan antara satu sama lain di dalam parti politik Islam... malah di dalam Dewan Ulamak sendiripun terdapat berbagai pandangan... ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan strategi politik yang diambil walaupun telah dipersetujui bersama....
ReplyDeleteRawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat
ReplyDelete-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura
Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...
WhatsApp +62 822 4631 1483