Ini kata TGNA, ini jawapan TBTM

Friday 22 February 2013

Aku tak dengar apa TGNA cakap tentang BR1M. Tapi yang aku dengar media propaganda pencacai Umno terus hentam TGNA dan dapatkan komen merata orang kononnya TGNA kata sesiapa yang ambil duit rasuah tu semuanya haiwan!

Oleh kerana aku sedikitpun tak percaya pada media yang dah jadi dayus, seperti lembu kena tarik hidung dan semua pekerjanya tak ada maruah diri itu, maka aku tunggu kalu-kalau dapat maklumat apa sebenarnya yang TGNA cakapkan. Betul sangkaan aku lain yang dicakap, lain pulak yang difitnahkan. Ni dia TGNA kata:

"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami. Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil). Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia," - Nik Abdul Aziz Nik Mat
Patutlah Tuan Ibrahim Tuan Man kata macam ni:
"Walid suruh anak jangan curi tulang, Kerana anak seperti kera kena belacan, Anak mengadu ke mami yang sedang berpantang, Kata Walid menghinanya sebagai haiwan. Fening budak zaman ini." - Tuan Ibrahim Tuan Man
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License