Macam mana pulak nak keluar Islam?. Mungkin ada yang berpendapat tak boleh memandai hukum orang kafir atau murtad kerana itu urusan Allah. Pendapat sebegitu cukup popular di negara kita. Terutamanya mereka yang rasa gerun menghukum kafir pada saudara lain yang dianggap muslim.
Walau apapun pendapat orang lain. Saya tetap dengan pandangan jika berlaku mana-mana daripada 3 perkara berikut di bawah, dan ia terang berlaku di depan anda, maka selayaknya anda menghukum orang tersebut kafir. namun itu bukan bermakna anda layak menghukum kesalahan murtad tersebut kerana ianya adalah urusan pemerintah.
Anda, samada Melayu, Cina, Arab, Turki, India, atau apa jenis bangsa sekali pun memang boleh katuh murtad. Bukan bermakna anda dibolehkan untuk murtad, tapi memang jika anda masuk Islam, maka anda juga boleh keluar Islam dengan melakukan salah satu daripada 3 perkara berikut:
- Perbuatan. Apa saja aksi yang menghina Allah, Rasul, atau apa-apa saja yang menyentuh hal ehwal agama. Contohnya memijak naskah Al-Quran. Atau sujud pada Tokong Hindu yang anda terserempak samada sengaja atau tidak (melainkan akal tak waras).
- Perkataan. Kata apa saja perkataan yang menghina dan bertentangan dengan agama seperti mencarut pada Tuhan, melawak tuduh kawan terlalu busuk hingga Tuhan pun tak sanggup bau dan lain-lain seumpamanya.
- Kepercayaan. Ini tak perlu diterangkan sebab anda sendiri tahu apa yang anda percaya. Jika anda percaya Tuhan serupa macam makhluk atau anda percaya Syaitan lebih kuat dari Allah sebab berjaya sesatkan orang sedangkan Tuhan mahukan semua orang jadi baik dan lain-lain seumpamanya.
Kalau saya dengar lihat atau tahu sesiapa saja yang di ketahui muslim melakukan salah satu daripada yang disebutkan di atas, confirm saya declare makhluk tu kafir tanpa ragu tanpa belas kasihan samada dia suka atau tak suka, samada orang lain nak marah kat saya dan tuduh memandai hukum orang kafir dan sebagainya, lantak kau oranglah sebab saya berpegang teguh dengan perkara tersebut.
Panjang mukadimah di atas! masalah sebenar hanyalah nak bagi tau, memang Melayu boleh murtad. kalau di negara kita, melayu lebih besar kemungkinan untuk murtad berbanding cina sebab Melayu diketahui selama ini mengaku islam.
Walaupun hakikatnya majoriti besar yang mengaku Islam itu tak pernah solat atau pandang remeh dengan ajaran agama. Tapi sebab kita dibesarkan dengan doktrin bahawa Melayu itu islam dan islam itu melayu, di negara kita maka, siapa saja melayu samada hina agama, tak tahu syahadah, tak reti sebut Allah, tak pernah tahu apa itu Tuhan dan lain-lain, kita tetap declare dia Melayu dan islam. itu cukuip pelik dan songsang.
Hakikatnya kita sudah lama mengamalkan ajaran tiada paksaan dalam beragama. Kita tak pernah perduli apa orang Melayu lain buat samada mereka amalkan islam atau tidak, samada sembah tokong atau kubur, kita lepaskan pada Melayu sebagai pilihan bebas mereka sendiri.
Begitu juga jika terdapat segelintir Melayu yang benar-benar mengamalkan islam, taat bersolat, taat berpuasa, taat membuat kebajikan dan taat berdakwah mengajak kebaikan dan mencegah kejahatan, itu pilihan bebas orang Melayu tersebut.
Namun kalau dihalusi, ada sedikit tidak bebas untuk melayu taat seperti itu menjalankan aktiviti dakwah mereka. Ada sedikit halangan bila ada segelintir melayu islam mahu mencegah kemungkaran. Alasan kenapa tindakan mereka itu tidak direstui adalah...jangan pandai-pandai menghukum, semua orang ada akal dan tahu menjaga dirinya sendiri. kalau ada artis nak tunjuk buah dadanya di atas pentas, tak payah hukum sebab semua orang bebas mengamalkan apa yang diyakininya....maka sebab itu, Melayu yang Taat itu akan disuruh berhenti dari menjadi Mufti. Alahai politik....! tak habis
No comments:
Post a Comment