Kenapa aku suka Kerajaan DAP Penang?

Friday, 12 October 2012

Saya suka naik basikal. Kalau boleh hari-hari naik basikal terutamanya jika mahu melawat kawan-kawan di pusat bandar atau di lain-lain tempat dalam lingkungan 20 km radius. Tapi bayangkan jika saya mahu naik basikal dari Puchong Perdana menuju ke Keramat AU3 di KL.

Untuk memudahkan perjalanan ke Keramat saya perlu naik Kesas. Jika saya bawa basikal dari Puchong Perdana untuk menaiki Kesas, saya berkemungkinan akan terpaksa mengelakkan diri daripada 10 kemalangan ngeri.

Setiap inci kayuhan yang saya buat mendedahkan pada kemalangan kerana jalanraya kita lansung tidak mesra pengayuh basikal. Kerajaan yang ada lansung tidak memikirkan satu laluan khas untuk mereka yang prihatin pada pencemaran alam sekitar juga menjaga kesihatan dengan menaiki basikal.


Oleh kerana negara kita teramat maju, maka polisinya adalah membunuh segala kemungkinan untuk membolehkan rakyatnya berbasikal. Dalam masa yang sama kita disuruh mencintai alam sekitar dan mengamalkan kehidupan yang sihat!

Oleh kerana Kerajaan Pulau Pinang yang di kuasai oleh DAP sekarang merupakan satu-satunya Kerajaan yang mula-mula menggalakkan rakyatnya berbasikal, maka saya tanpa segan silu amat menyukai langkah yang telah mereka ambil tersebut.

Kerajaan DAP baru setahun jaung memerintah, menjadi kerajaan di negeri Pulau Pinang. Tapi semangat membuat perubahan kepada sebuah negeri yang lebih mesra alam sekitar amat dibanggakan. Mungkin jika di negeri Kelantan kita tidak perlu memikirkan sebuah laluan khas untuk pengayuh basikal.

Jalan di sana tak merbahaya dan tidak semaju di Pulau inang dan di Selangor atau KL, namun saya harap isu ini diberikan perhatian berat pada pembangunan negeri kelantan pada masa akan datang.

Baca beritanya di sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License