Ada beberapa sebab kita pergi ke mesin ATM. Yang paling kerap adalah untuk mengeluarkan duit. Kebanyakan daripada kita menggunakan mesin tersebut bagi keluarkan duit sekadar perlu untuk kegunaan harian.
Tetapi ada satu kumpulan orang yang pergi ke mesin ATM untuk keluarkan semua duit yang ada di dalam mesin itu termasuklah dengan mesin-mesinya sekali. Fenomena ini cukup kerap berlaku di negara kita dan menjadi antara negara di dunia di mana perompak mensasarkan mesin sebagai sasaran.
Laporan berita bernama di radio24 tadi melaporkan rasa kagum para pakar di negara kita dan antarabangsa akan kehebatan para perompak di negara kita. Kes sebegini amat jarang berlaku di lain-lain negara jiran. kalau adapun ia tidak sekerap yang kita alami.
Walau bagaimanapun, kes rompak mesin ATM juga menyaksikan peningkatan di Amerika. Perompak mensasarkan mesin berbanding rompakan bank kerana ia lebih selamat. Jika anda rompak bank, ada kemungkinan kena tembak mati samada oleh polis atau guard.
Jumlah wang lesap sudah mencecah jutaan ringgit. Ini amat merisaukan pihak berkuasa dan juga menteri yang menguruskan industri perbankan. Macam biasa komen dari Awang Adek adalah dengan menunjukkan jarinya pada semua bank yang katanya tidak menjaga mesin mereka dengan baik!.
Arahan telah dikeluarkan agar semua bank pindahkan mesin di kawasan yang lebih selamat. Tidak pula dinyatakan kriteria kawasan yang selamat. Mungkin akhirnya mesin ATM hanya akan diadakan di premis bank sahaja dan tidak lagi di tempat awam.
Kehilangan mesin ATM ada juga berlaku di premis bank sendiri. Barangkali selepas ini bank juga perlu memindahkan bangunannya sekali di tempat yang selamat. Dan akhirnya kita akan mendapati bank hanya wujud di kawasan dalam pagar balai polis di setiap pekan!.
Selain daripada mesin ATM kena rompak, masyarakat kita juga terdedah dengan risiko dirompak sebaik sahaja mengeluarkan duit dari mesin tersebut. Kes sebegini bukanlah kes terpencil, malah sudah menjadi perkara biasa yang sering kita dengar.
Kesimpulannya apa saja yang bersentuh dengan hal ehwal kewangan di negara kita semuanya sudah tidak selamat. Wang rakyat bukan saja dirompak oleh perasuah dari kalangan pegawai kerajaan dan ahli politik yang korup, malah mereka juga sering dirompak di atas jalan....apakah peratrusan kes jenayah negara kita benar-benar telah turun dengan banyak?
Budaya curi mesin ATM - pakar dunia kagum!
Sunday, 14 October 2012
Labels:
# Jenayah
# Masyarakat
# Mesin ATM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment